in

School Break Special On 2

3 Animasi Hebat Hangatkan School Break Special On 2 Setiap 10.00 Pagi di TV2

Tayangan 3 buah filem animasi hebat bakal menghangatkan slot School Break Special On 2 yang dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada penonton setia salurannya penghujung Disember ini.

Variasi animasi yang bermula dengan filem “Disney’s Teacher’s Pet” (27 Disember), “Luke And Lucy Ant The Texas Rangers” (28 Disember) dan diakhiri dengan filem “Mickey, Donald & Goofy : The Three Musketeers” (29 Disember), jam 10.00 pagi di TV2 yang pastinya mencuit hati dan menghiburkan seisi keluarga.

Disney’s Teacher’s Pet yang menggunakan suara latar Nathan Lane, Shaun Felming dan David Ogden Stiers ini berkongsi kisah apabila seekor anjing bernama Lane yang boleh bercakap dan membaca. Pelbagai kejadian mencuit hati apabila Lane turut ke sekolah seperti manusia biasa.

Teachers Pet

Seterusnya saksikan filem Luke And Lucy Ant The Texas Rangers yang mengetengahkan watak Luke dan Lucy yang membantu ‘Texas Rangers’ untuk menentang musuh dikenali sebagai Jim Parasite daripada menawan seluruh dunia. Filem yang meminjam suara Star Coppens, Stany Crets dan Axel Daeseleire ini bukan sahaja sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebaliknya menarik di saksikan oleh seluruh keluarga. Mickey, Donald & Goofy : The Three Musketeers arahan Donovan Cook pula mengajak penonton menghayati watak menarik Mickey, Donald & Goofy sebagai pahlawan di mana permulaan babak filem mereka dirompak oleh penyamun bertopeng namun akhirnya mereka mampu menyelamatkan Pahlawan Di Raja, Athos, Aramis, Porthos dan D’Artagnan. Selepas itu, Athos memberikan topi kepada Mickey sebagai cenderahati.

Setahun kemudiannya ketiga-tiga mereka bekerja sebagai pengawal di dalam istana dan masih berangan menjadi pahlawan walaupun hakikatnya menyedari kelemahan diri sendiri di mana Donald, si pengecut yang bertukar menjadi ayam apabila dia rasa takut, Goofy menjadi “doofus” dan Mickey menjadi terlalu kecil. Situasi itu kemudiannya memaksa mereka akur dan berputus asa terhadap cita-cita menjadi pahlawan. Namun berjayakah mereka mencapai cita-cita menjadi pahlawan Di Raja? Saksikan kesudahannya dalam filem ini hanya di TV2.

Mickey, Donald & Goofy - The Three Musketeers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

3rd Kuala Lumpur Bike Week 2011

7 Hari 7 Malam