in , , ,

“Saya Akui Saya Salah” – Ajai Mohon Maaf kepada Hafiz Zainal

Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal. Ajai membuat kejutan secara langsung kepada Hafiz pada permulaan konsert minggu kedua Big Stage 2020.

Sejak minggu lepas, nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen gara-gara memberikan hanya dua markah kepada peserta tersebut. Namun pada malam ini, Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung.

Cerita berkenaan markah 2 peratus yang membabitkan nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen sejak minggu lalu.

Namun sesuatu menarik telah berlaku pada malam ini, apabila Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung.

"Saya Akui Saya Salah" - Ajai Mohon Maaf kepada Hafiz Zainal
Ajai memohon maaf kepada Hafiz Zainal secara langsung pada konsert kedua Big Stage.

”Assalamualaikum Hafiz, sebelum awak nak nyanyi saya mahu menjernihkan keadaan ini dahulu.

Ajai kemudian dilihat berjalan menuju ke pentas dan bersemuka dengan Hafiz.

”Minggu lepas adalah disaster of my life.. disaster habis. Okay tujuan saya kat sini adalah sebenarnya Hafiz saya datang sini bukan untuk hentam semua orang.

“Tapi tolong fikir positif, kamu mempunyai masa yang singkat, betul? Masa saya cakap 7 – 8 minggu, saya taknak bagi ruang kepada kamu untuk kamu berasa selesa. Bukan pada kamu saja tapi pada semua.

“Mungkin saya tersalah. Ya saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan.

“Mungkin kerana saya begitu peka dengan bunyian dan saya begitu teliti dengan setiap notes.

“Tapi tak semestinya awak tak bagus.

“Dan di sini saya memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa tapi percayalah tujuan saya adalah untuk melihat budak muda seperti ini, bila dia keluar mereka akan menjadi ‘evergreen’.

“Evergreen bermaksud mereka akan bertahan dalam industri sama seperti artis-artis dahulu yang stay sampai sekarang kerana bersandar pada kualiti dan pada talent mereka.

“Jadi biar saya dicaci dihina dihentam, tapi sebagaimana saya cakap..jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap dengan pendirian saya.

“Apa yang saya inginkan budak-budak Bigstage ini keluar bagaimana menyanyi dengan betul dan view mereka setanding dengan bakat mereka.

“Hafiz, anggap saya macam juri dan bro..saya doakan yang terbaik untuk anda…buktikan yang saya sebenarnya silap.

– Ajai

Pada masa sama, Ajai menyatakan apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

Sebelum ini, Ajai dilihat agak kasar dalam penjurian minggu pertama apabila memberikan dua markah kepada peserta tersebut.
Selain Ajai, peserta Big Stage diadili oleh Faizal Tahir, dan Dayang Nurfaizah.

“Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan,”

– Ajai

Pada masa sama, Ajai menyatakan apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Faizal Maas menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cinta Monyet G-Dragon Sebagai Bahan Kritikan

Khai & Rosma Teringin Lagu Ciptaan Hael Husaini