in ,

Kisah Cinta Monyet G-Dragon Sebagai Bahan Kritikan

TANGGAL 18 Ogos lalu menyaksikan penyanyi popular G-Dragon menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32. Ramai peminat dari seluruh dunia meraikan penyanyi itu dengan mengucapkan selamat menerusi laman sosial.

Namun di sebalik kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran anggota kumpulan Big Bang itu, ada perkara tidak manis berlaku apabila segelintir pengguna menjadikan kisah cinta monyet G-Dragon sebagai bahan kritikan.

Menerusi sebuah program, G-Dragon berkongsi kisah lampau ketika berusia 12 tahun, dia menyukai seorang gadis dan pernah mengajaknya berjumpa sebanyak dua kali namun ditolak.

Tidak mudah berputus asa, dia mendedahkan pernah menunggu gadis itu berjam-jam lamanya di luar rumah sebelum menyedari alamat yang diberikan adalah salah.

Bagi peminat penyanyi lagu Crooked itu, mereka menganggap kisah tersebut sangat ‘comel’.

Namun berbeza dengan orang lain yang melabelkan G-Dragon sebagai seorang yang begitu menakutkan.

Rata-rata melabelkan tindakan G-Dragon yang tetap berkeras mahu mencuri hati gadis diminatinya sehingga sanggup menunggu di luar rumah adalah satu bentuk gangguan buat kaum wanita di luar sana.

“Peminatnya melihat ini seperti ‘comel’.

“Sebenarnya itu adalah satu bentuk gangguan kepada wanita.

“Sangat menakutkan dan jangan anggap perkara ini normal,” tulis seorang pengguna dalam laman Twitter.

Namun tindakan segelintir pengguna yang mengutuk G-Dragon dikecam ramai kerana menjadikan kisah zaman remaja penyanyi itu sebagai bahan kutukan.

“Dia cuma berusia 12 tahun ketika itu. Bukannya lelaki dewasa seperti sekarang.

“Saya rasa ramai orang sudah hilang akal disebabkan pandemik!” tulis seorang pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Rasmi Pertama Filem THE BATMAN DC FANDOME Lakonan Robert Pattinson

“Saya Akui Saya Salah” – Ajai Mohon Maaf kepada Hafiz Zainal