in , ,

Ajai Jawab Isu Hutang Pemenang Kedua Program Keynote 2010

TERPALIT kontroversi mengenai ‘hutang RM6,000’ yang didakwa pemenang tempat kedua program Keynote, Raja Nazrin Shah Raja Azaham, pihak pengurusan komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai tampil memberikan kenyataan balas.

Ajai menerusi pengurus yang juga isterinya, Liza Ilias menegaskan bahawa tanggungjawab Ajai dalam program yang disiarkan pada 2010 itu adalah sebagai dekan atau ketua tenaga pengajar sahaja.

“Dia memang ada keluarkan idea itu, tapi ia dijual kepada produksi yang menerbitkan program berkenaan. Jadi, tugasnya dalam program Keynote itu tak lebih daripada tenaga pengajar.

“Jadi, isu mengenai hadiah atau bayaran wang kemenangan, bukan menjadi tanggungjawabnya. Syarikat produksi itu pun dah tak wujud dan penerbitnya pun dah meninggal dunia,”

– Ajai
https://flic.kr/p/2jzJ8un

Liza juga tidak menolak, pihaknya ada menghubungi Nazrin untuk memintanya menurunkan perkongsian di Facebook kerana itu membabitkan nama baik Ajai dan Exist.

“Pihak kami ada menghubunginya pada 9 Mac tahun lalu kerana perkongsiannya bukan sahaja mencalarkan nama Ajai, tetapi juga membabitkan nama Exist yang nak mengadakan konsert pada ketika itu.

“Apa yang saya lihat, individu ini seperti ingin menangguk di air yang keruh. Saya dah jelaskan situasi dan posisi Ajai dan dia kena faham mengenainya,”

– Ajai

Kata Liza lagi, pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

“Kalau boleh, kami tak mahu sampai ke tahap perlu mengambil tindakan undang-undang. Dia adalah orang yang berpelajaran dan sepatutnya faham apa yang berlaku.

“Sepatutnya, dia mainkan peranan positif di dalam industri dan gunakan cara yang betul untuk menaikkan namanya serta kumpulan yang dianggotai.

“Ajai sentiasa menyokong bakat-bakat muda ini, tapi ada dalam kalangan mereka yang suka bercakap tanpa berfikir panjang,”

– Ajai

Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie Cuci | 21

Awie Takut Tengok Cermin Gara-Gara Berat Naik Mendadak

Oktovia Manrose | 22

Oktovia Manrose Dedah Sudah Lapan Tahun Menjanda