in , ,

Khai & Rosma Teringin Lagu Ciptaan Hael Husaini

Pernah dua kali merakamkan lagu dengan isteri, bekas peserta musim pertama Akademi Fantasia (AF), Khai teringin mengulangi detik indah menghasilkan single duet bersama suri hidupnya.

Dua kali muncul dengan single duet iaitu Warna Cinta pada 2008 disusuli Dengan Sekali Lafaz pada 2013, Khai dan isterinya, Rosma mahu impian kembali ke studio menjadi nyata, bukan sekadar ‘cakap-cakap kosong’.

“Perancangan hendak muncul semula memang ada. Kalau boleh, hendak jadi kenyataan, bukan sekadar cakap-cakap kosong. Biar buat sampai jadi… Insya-Allah.

“Namun, setakat ini, belum ada komposer yang kami mahu dekati. Dalam hati, hendak juga mencuba peluang menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini. Jika ada rezeki dan kesempatan, pasti tidak akan menolak,”

– Khai & Rosma

Khai berkata, dia tidak mahu muncul solo, sebaliknya lebih selesa berduet dengan isteri.

Khai rosma
Khai & Rosma Teringin Lagu Ciptaan Hael Husaini

“Kalau menyanyi solo, saya tidak pasti. Sudah ramai ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) di luar sana yang berbakat menyanyi secara solo,”

– Khai & Rosma

Sebelum ini, Khai pernah muncul dengan dua album iaitu Dambaan Pilu pada 2003, disusuli Terbang Tinggi, tiga tahun kemudian.

Khai berkata, dia tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi jika kembali merakamkan lagu.

“Saya anggap bonus jika lagu baharu mampu menambat hati peminat dan melonjakkan semula nama,”

– Khai & Rosma
hael-husaini-raya
Hael Husaini

Dalam perkembangan lain, Khai mengukuhkan empayar perniagaan yang diusahakan bersama Rosma sejak 2014.

Antara produk kesihatan dan pelangsing yang dikeluarkan adalah minuman detoks.

“Perniagaan menjadi jaminan masa hadapan. Kita tidak tahu hayat dalam dunia seni selama mana,”

– Khai & Rosma

Khai dan Rosma berkahwin sejak 2008. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Akui Saya Salah” – Ajai Mohon Maaf kepada Hafiz Zainal

Raja Nazrin Shah Dedah Ajai Tak Bayar Hutang Sebanyak RM6,000