in ,

Sari Yanti Failkan Bantahan Permohonan Nusyuz Suami

Sari Yanti failkan bantahan awal permohonan nusyuz suami. Pelakon, Sari Yanti, hari ini memohon di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di sini, untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili pelakon genit itu pada sebutan kes berkenaan, hari ini.

Sari Yanti

Marlina berkata, permohonan itu dibuat atas alasan terdapat satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, yang mana ia membabitkan arahan amalan No 13 tahun 2002 berhubung pertindihan pendengaran kes.

“Anak guam saya sudah menerima notis saman daripada plaintif (Mohd Edy Casmady) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, pihak kami berhasrat untuk failkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai.”

Sari Yanti failkan bantahan awal permohonan nusyuz suami. – Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Fajar Aiman Lakonan Faralyna Idris

Peraduan Bertemu Pelakon Filem X-Men: Days of Future Past