in

Peraduan Bertemu Pelakon Filem X-Men: Days of Future Past

Hey guys! Anda mahu ikut Budiey ke Singapura untuk bertemu dengan pelakon filem X-Men: Days of Future Past di Southeast Asia Premiere? Haa, pasti ada yang nak bukan? Siapa tak nak kalau ada peluang macam ni untuk bertemu dengan pelakon seperti Bryan Singer, Hugh Jackman, Fan Bing Bing & Peter Dinklage! Budiey pun mahu!

X-MEN

[pullquote]Oh ya sebelum tu, Budiey nak war-warkan filem terbitan 20th Century FOX ini bakal menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia pada 23 Mei 2014. Jadi, siap sedialah! Kalau boleh tontonnya di IMAX 3D di TGV Cinemas lagi best![/pullquote]

Filem arahan Bryan Singer itu dilakonkan oleh bintang terkenal Patrick Stewart sebagai Profesor Charles Xavier dan Ian McKellen sebagai Magneto dan mereka bergabung dan bersaing dengan rakan-rakan mutant muda dari prequel X-Men: First Class. Budiey dapat tahu, banyak kelemahan dan kekurangan filem ini telah diperbaiki dan mutu CGI juga dipertingkatkan untuk kepuasan penonton dam peminat setia X-Men. Budiey tak sabar nak tengok lakonan Jennifer Lawrence sebagai Mystique dalam filem ni.

Budiey rasa sangat bertuah kerana turut mendapat jemputan untuk menghadiri acara yang meriah dengan karpet merah ini yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 Mei 2014. Terima kasih 20th Century FOX atas jemputan. Kepada pemenang peraduan ini, kita jumpa di sana ya!

X-MEN

Peraduan Bertemu Pelakon Filem X-Men: Days of Future Past

[dropcap]J[/dropcap]adi, anda mahu ikut ke Singapura juga? Okay, ada caranya! TGV Cinemas ada menawarkan satu peluang untuk anda! Hanya seorang sahaja pemenang yang dicari bersama rakan untuk berjalan di karpet biru dan berpeluang untuk bergambar dan bermesra dengan Bryan Singer, Hugh Jackman, Fan Bing Bing & Peter Dinklage! Pemenang juga akan diberi penginapan percuma di Pan Pacific Singapore dan tiket penerbangan KLIA – Singapura pergi dan balik.

Budiey kira, bagi peminat tegar X-MEN pasti tak nak lepaskan peluang sebab ini peluang seumur hidup. Tak mungkin ada lagi peluang selepas ini. Aaagituh!

Nak tahu caranya? Okay, sangat mudah! Anda hanya perlu mengambil gambar anda tengah posing seorang mutant. Kalau boleh, anda perlu lebih kreatif agar nampak lebih menarik. Itu cara yang berkesan untuk memikat hati si juri. Kemudian, upload di Facebook dan Instagram dengan hashtag #tgvUltimateXMen & #[mutant name] (example: #tgvUltimateXMen #storm) Jangan lupa untuk set post anda kepada public!

Pemenang akan diumumkan di laman Facebook TGV CInemas dan www.tgv.com.my

Peraduan ini akan berakhir pada 7 Mei 2014. Cepat jangan tangguh-tangguh lagi, okay. Jangan lupa baca terma dan syarat di SINI.

Dah tonton video trailer filem X-Men: Days of Future Past ? Apa pendapat korang?

x-men-days-of-future-past-logan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sari Yanti Failkan Bantahan Permohonan Nusyuz Suami

Penyanyi Keroncong Kartina Dahari Meninggal Dunia