in

Netizen Pertikai BUNGA Menang di AJL, Ini Luahan Ara Johari

Tahniah buat Ara Johari dan juga komposer dan penulis lirik lagu BUNGA yang berjaya menggondol tempat ke-2 di AJL 33 yang lalu. Ramai yang tak menjangkakan lagu BUNGA akan menang.

Sebaliknya, sekarang ini, sejurus tamat AJL, maka pahat pun berbunyi. Ramai netizen tidak setuju dan mengecam juri kerana memilih lagu BUNGA. Kata mereka, lagu BUNGA tidak layak memang kerana ia mempunyai pengulangan pada bait lagu yang sama. Selain tiada keunikan, vokal Ara Johari dikritik hebat kerana tidak berjaya sampai ke tahap memuaskan.

Anugerah Juara Lagu 33

Apa-apa pun, juri dah pun buat keputusan. Mereka ada alasan sendiri kenapa memilih BUNGA untuk menang di tempat ke-2.

Bagaimanapun, kemenangan Ara yang dinilai juri profesional mendapat reaksi pelbagai netizen.

Anugerah Juara Lagu 33

Terbaru penyanyi Ara Johari ada memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33.

“B3nci lah aku semahu mu, M*ki lah aku sepuas mu, Aku anggap ini ujian, Atas rezeki yg ku terima. Terima Kasih!”

– Ara Johari
View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat Pagi Semua . Alhamdulillah, i’m so grateful for this award 🥈 it was so unexpected because ara sedar betapa kerdil nya ara di atas pentas yg sangat besar . Tapi ara bersyukur sangat dengan rezeki Allah ini! Special Thanks to composer and lyricist untuk lagu Bunga ini @akimahmad @mrhazama1 @zimisofazr . Hasil Karya mereka lah yg membuat saya berdiri teguh di atas pentas #AJL33 dan juga kerana mereka saya mendapat tempat di hati peminat. To @arasquadofficial or bukan arasquad yg telah menyokong ara dari awal sampai akhir , thankyou so much! you guys are awesome 👏 Tak lupa juga untuk team yang terlibat dengan persembahan ara , sanggup bersusah payah untuk menjayakan persembahan ara bersama walaupun banyak sangat dugaan yg berlaku during soundcheck and rehearsal! but we did it last night ❤️ Thanks to my management @rocketfuelent because you guys always give me a positive support! And yang paling penting! Terima kasih yg tak terhingga kepada kedua ibu ayah saya . Tanpa restu mereka , saya tidak berdiri di atas pentas #AJL33 Terima Kasih , Terima Kasih dan Terima Kasih!

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Gambar tersebut Ara meluahkan rasa sedih dan kecewa kepada peminatnya kerana ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangan Ara di Anugerah Juara Lagu 33.

Rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata kata semangat kepada Ara untuk supaya kekal tabah hadapi dugaan. Semoga Ara akan terus memwarnai industri muzik tanah air. 

Ara
Ara Johari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Ulangtahun 8TV Kempen CNY SO HAPPY

Masih di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata