in

Salam Takziah. Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia

Salam takziah buat Instagrammer terkenal, Wak Doyok yang telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada hari ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Bapa kepada pelakon dan ikon fesyen terkenal Wak Doyok iaitu Mohd. Nor Abdul Hamid meninggal dunia sebentar tadi.

Wak Doyok

Perkara sedih berkenaan dikongsikan Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.

“Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat baba saya,” tulisnya ringkas dengan memuat naik sekeping gambar surah al-Fatihah.

WAK DOYOK

Bapa Wak Doyok difahamkan meninggal dunia kerana usus bengkak dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang.

Menurut temubual dari Harian Metro, Wak Doyok ada mengatakan bapanya ada menjalani pembedahan di bahagian usus.

“Sebelum ini, pada 21 Oktober, bapa saya menjalani pembedahan di bahagian usus, namun selepas selesai dibedah, jantungnya jadi semakin lemah.

“Bapa saya sakit tak lama. Cuma lima hari. Pagi ini, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,”

Salam takziah Wak Doyok yang telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada hari ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siaran ONE CHAMPIONSHIP 2018 di RTM

Deja Moss Sah Bercerai Talak Satu