in ,

Siaran ONE CHAMPIONSHIP 2018 di RTM

One Championship dahulunya dikenali sebagai One Fighting Championship atau ONE FC telah dilancarkan pada 14 Julai 2011 merupakan gabungan seni bela diri muaythai, kickboxingdan tinju dari negara Singapura.

One Championship merupakan kejohanan seni bela diri paling berprestij di Asia dan turut dipancarkan ke 138 buah negara di serata dunia. Kejohanan pertama One Championship telah diadakan pada 3 September 2011di Stadium Tertutup Singapura.

Sepanjang tempoh 6 tahun penganjurannya, promosi besar-besaran telah dijalankan ke serata negara Asia termasuklah di Jakarta, Manila, Kuala Lumpur,Dubai, Taipei, Phnom Penh, Beijing, Guangzhou, Yangon, Changsha, Hefei, Macau dan Bangkok.

Bermula Oktober 2018, RTM berpeluang menjadi sebahagian daripada kegemilangan One Championship apabila diberi peluang oleh penganjur untuk menyiarkan secara langsung acara berprestij ini menerusi saluran TV1, TV2 dan juga saluran sukan RTM HD Sports.

Berikut merupakan jadual siaran One Championship 2018 di RTM:

 

 

BIL

 

 

TARIKH

 

 

 

RTM HD SPORTS

 

1.

 

26 Oktober 2018

(Jumaat)

 

LIVE

Yangon, Myanmar

8.30 – 11.30 malam

  LIVE

Yangon, Myanmar

8.30 malam – 01.00 pagi

2.

 

17 November 2018

(Sabtu)

DELAYED TELECAST

Jakarta, Indonesia

18 Nov 2018

Time : 10.05 pagi – 12.30 tengah hari

 

  LIVE

Jakarta, Indonesia

8.30 malam – 01.00 pagi

3 23 November 2018

(Jumaat)

 

  LIVE

Manila, Phillipines

8.30 – 11.30 malam

LIVE

Manila, Phillipines

8.30 malam – 01.00 pagi

4.

 

 

 

15 Disember 2018

(Sabtu)

LIVE

Shanghai, China

Time : TBC

 

   

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

– ### –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang R U Tough Enough 2018?

Salam Takziah. Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia