in ,

Wak Doyok Nafi Ada Kaitan Dengan Syarikat Perjudian

Jika sebelum ini Wak Doyok pernah terpalit dengan isu minyak wangi dan dia juga pernah dikecam oleh netizen antarabangsa kerana dikatakan meniru gaya Iron Man, Robert Downey, Jr. Terkini pelakon, ikon media sosial dan usahawan sekali lagi menjadi buah mulut warganet Malaysia.

Pelakon, ikon media sosial dan usahawan, Wak Doyok kecewa dengan tindakan syarikat perjudian yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan di media sosial. 

Wak Doyok ketika dihubungi berkata, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan situasi ini.

Menurut Wak Doyok, dia kecewa dengan tindakan salah sebuah syarikat perjudian yang telah menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan perjudian di media sosial. Difahamkan kejadian seperti ini bukanlah kali pertama yang berlaku kepadanya.

“Saya menerima mesej daripada pengikut di Instagram memaklumkan mengenai gambar saya yang digunakan satu syarikat perjudian untuk tujuan promosi. 

Berita gambarnya digunakan oleh syarikat perjudian tersebut telah dikongsi oleh salah seorang pengikutnya di media sosial. Wak Doyok telah menerima mesej daripada individu tersebut di Instagram miliknya yang kemudian memaklumkan mengenai gambarnya telah digunakan satu syarikat perjudian untuk tujuan promosi.

“Di sini saya nak jelaskan bahawa saya tidak ada sebarang pembabitan dengan syarikat itu dan memohon supaya pengikut di platform media sosial melaporkan penyalahgunaan ini di Facebook serta Instagram,”

Berikutan tidak mahu ada pihak salah sangka, Wak Doyok telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak ada sebarang pembabitan dengan syarikat tersebut dan memohon supaya pengikut di platform media sosial melaporkan penyalahgunaan ini di Facebook serta Instagram. Wak Doyok mahu membuat penjelasan ekoran kejadian seperti ini boleh menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan orang Islam.

Wak Doyok Nafi Ada Kaitan Dengan Syarikat Perjudian
Dalam gambar yang digunakan sebagai iklan itu, gambar Wak Doyok disunting dan diletakkan berlatarbelakangkan pusat perjudian.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia terpanggil untuk memberi penjelasan kerana apa yang berlaku menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan orang Islam. 

Oleh itu, untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Wak Doyok menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung dengan syarikat tersebut. Wak Doyok turut jelaskan buat masa ini dia belum ada keputusan sama ada mahu membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya atau tidak kerana penyiasatan akan memakan masa lama dan polis pun akan memberi nasihat supaya berhati-hati.

“Bukan saya saja, tetapi ramai juga selebriti lain pernah terkena perkara begini. Untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, saya tegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena dengan iklan ini,”

Setakat ini, dia belum membuat keputusan sama ada akan membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya atau tidak. 

“Sebelum ini, saya pernah berdepan situasi sama di mana gambar saya digunakan oleh ‘scammer’ untuk mengaut keuntungan. Kalau saya buat laporan polis, penyiasatan akan memakan masa lama dan polis pun akan memberi nasihat supaya berhati-hati. 

“Jadi, saya menyeru masyarakat di luar sana untuk membantu melaporkan mengenai iklan ini di platform media sosial masing-masing dan biar pihak Facebook atau Instagram yang akan memadam atau menyekat iklan itu,”

Untuk iklan tersebut, gambar Wak Doyok telah disunting dan diletakkan berlatarbelakangkan pusat perjudian. Bagaimanpun, Wak Doyok sempat meminta masyarakat di luar sana untuk membantunya melaporkan iklan ini di platform media sosial masing-masing dan biar pihak Facebook atau Instagram yang akan memadam atau menyekat iklan tersebut.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem MONSTER HUNTER

Peniaga Bundle Ini Tertidur Ketika Live, Sekali View Terus Naik Mencanak