in

Sabhi Saddi Dah Ada Teman Istimewa Tapi…

Desas desus penyanyi baru yang menggelarkan dirinya Sabhi Saddi ini akan ‘join’ grup One Nation Emcees dinafikan oleh tuan empunya diri. Namun, Sabhi tidak menolak untuk berkolaborasi dengan One Nation Emcees.

Menurut Sabhi, mungkin kerana beliau telah berduet dengan bekas peserta Gangstarz itu untuk sebuah lagu soundtrack filem 3GP arahan Aidil Fitri terbitan GBSB. Tajuk untuk lagu duet bersama ONE itu masih belum diputuskan. Filem 3GP ini akan siap penghujung tahun ini, filem ini akan mengangkat kisah kehidupan manusia yang begitu bergantungan dengan teknologi yang canggih seperti telefon bimbit.

Sekarang ini, Sabhi sedang mengumpul material untuk buat album penuh tak lama lagi. Dijangka album ini akan siap pada November 2010. Setakat ini, beliau sudah mempunyai 5 buah lagu ciptaan Omar K dan akan memilih 3 buah lagu untuk dimuatkan dalam album yang mengandungi 10 buah lagu.

Kalau penyanyi lain siap dengan 2-4 pasang baju raya, Sabhi pula tak nak membazir kerana pada tahun ini dia akan memakai baju jubah yang dibelinya di Mekah sewaktu mengerjakan umrah tak lama dulu. Kata Sabhi, dia rasa lebih selesa bila memakai jubah. Bajet untuk raya tahun ini agak kurang kerana peruntukan untuk bikin album sudah banyak yang dikeluarkan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nadiku ini akan menyambut ulangtahun ke-26 tak lama lagi. Kalau boleh menjelang umur 30an, beliau mahu mendirikan rumahtangga.

Sabhi akan beraya di Sabah dan seperti biasa, keluarga Sabhi akan mengadakan rumah terbuka di Kota Kinabalu dan Sandakan.

Budiey dengar, Sabhi dah ada kawan istimewa tapi menurut Sabhi hubungan mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi dulu. Mengimbas kembali kenangan saat pertemuan pertama, Sabhi mengatakan beliau bertemu kali pertama secara kebetulan ketika menaiki penerbangan KL – KK.

Semoga Sabhi terus berjaya sebagai penyanyi. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya tak lama lagi.

Sabhi Saddi

Sabhi Saddi

Sabhi Saddi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pra Pelancaran Album Kompilasi 12 Cinta

Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar