in

Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar

Lelaki yang digosipkan dengan Nora Danish tampil untuk memberi kenyataannya.

Hubungan Nora Danish dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Gara-gara beberapa kepingan foto mesra mereka yang tersimpan di dalam Blackberry Shahrul tersebar.

Namun bila ditanya jika hubungan yang terjalin itu lebih daripada sekadar persahabatan, Nora segera menafikannya. Malah menegaskan lelaki yang tiga tahun lebih muda daripada dirinya itu hanyalah seorang kawan.

Tetapi di dalam Kosmo! hari ini – ‘Kami memang berkawan – Shahrul’ – lelaki yang memiliki nama penuh Shahrul Nasrun Kamarudin ini tampil ke depan untuk mengakui bukan saja “memang berkawan” tetapi “sedang rapat” dengan Nora.

Memandangkan si jejaka sudah membuka cerita, Nora dihubungi untuk mendapatkan komennya pula. Bagaimanapun, Nora, di dalam artikel ‘Nora mula bicara fasal jodoh’ dalam akhbar sama, lebih senang ‘downplay’ hubungannya dengan Shahrul.

Mula berkenalan lebih sebulan lalu, Nora menjelaskan perhubungan diantara mereka terlalu baru untuk dihebohkan. Apatah lagi kegagalan perkahwinannya menjadikannya lebih berhati-hati. Namun Nora tidak menolak seandainya mereka dijodohkan bersama, kerana berpendapat Shahrul “seorang yang baik”.

Nora Danish

Nora Danish

nora danish

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sabhi Saddi Dah Ada Teman Istimewa Tapi…

Biggest Loser Asia 2 Premieres 21 September 2010