in ,

Segala Tentang Drama ABANG SADO BOLEH BERES Yang Anda Patut Tahu

“Besar Doh, Besar Doh, badan dia besar doh!” Begitulah kewujudan perkataan “Sado” apabila dipendekkan. Pada mulanya, “Sado” ini khusus untuk lelaki yang membina badan yang selalu bertapak di gim. Hebatkah para lelaki jika memiliki status Sado?

Bagaimana pula bagi pihak perempuan, adakah mereka bangga dengan mempunyai teman yang dikatakan “Abang Sado”? Saksikan kehidupan Fariz yang berbadan sado dan memiliki gim dalam drama baharu ‘Abang Sado Boleh Beres’ yang mempunyai 20 episod dan mula bersiaran menerusi slot Iris pada 13 September 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

Poster ABANG SADO BOLEH BERES 2

Sabhi Saddi Kini Buka Gim Baharu Lengkap Dengan Bilik Jaga Kanak-Kanak

[dropcap]D[/dropcap]rama terbitan A.Aida Production arahan Khalid Nazri ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sabhi Saddi, Acap BMB, Zee BMB, Reen Rahim, Julia Ziegler dan Ezzaty Abdullah.

Drama ini mengisahkan tentang 3 rakan, Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap BMB) dan Fariz (Zee BMB) yang mempunyai karektor yang berbeza.

Mereka berjaya memulakan bisnes baharu dengan membuka gim di sebuah pusat beli-belah. Bisnes mereka amat maju kerana pelanggan yang mendaftar di gim terdiri daripada pelbagai kategori umur dan saiz badan.

[pullquote align=”right”]Saksikan kehidupan abang sado, rakan perniagaan, dan pelanggan-pelanggannya di gimnya dalam Abang Sado Boleh Beres pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris, TV3.[/pullquote]

Mereka runsing apabila terdapat kaum ibu yang membawa anak-anak mereka datang ke gim. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kecil itu mengacau pelanggan-pelanggan yang lain. Perkara ini terjadi apabila pelanggan tetap mereka yang mulut bising dan mata keranjang bernama Rozita membawa anak lelakinya, Adam yang berumur 7 tahun.

“Jangan risau, abang sado boleh setel,” Rahul yang sentiasa mempunyai idea yang kreatif bertindak untuk membuka ruangan khas bagi penjagaan kanak-kanak. Malah, dengan adanya ruangan khas itu, ia akan menarik ramai lagi pelanggan baharu, terutamanya yang ingin bersenam tetapi terhalang kerana perlu menjaga anak-anak.

Namun, timbulnya persoalan siapa yang ingin menjadi pengasuh? Memandangkan mereka bertiga masih muda dan bujang, mereka tidak pandai dalam bab-bab penjagaan kanak-kanak. Sementara mendapatkan seorang pengasuh yang sesuai di gim mereka, Rayyan ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak di situ.

Fariz pula berdepan dengan cabaran baharu apabila ditugaskan untuk menjaga adik tiri Linda yang baru berumur 2 tahun. Kelam kabut jadinya apabila si anak kecil itu membuang air besar dan Fariz kekok untuk menukarkan lampin.

Masalah mereka selesai apabila Nina, seorang gadis yang muda, cantik dan tegas orangnya dan juga kawan baik kepada Rayyan dan Rahul menawarkan diri untuk menjadi pengasuh di situ. Nina sangat suka akan kanak-kanak dan kebersihan, Fariz tertarik dengan perwatakan Nina dan sentiasa mencari peluang untuk menambat hati.

Saksikan kehidupan abang sado, rakan perniagaan, dan pelanggan-pelanggannya di gimnya dalam Abang Sado Boleh Beres pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Abang Sado Boleh Beres 2

Abang Sado Boleh Beres 1

Abang Sado Boleh Beres 4

Reen Rahim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menu Baru dalam AirAsia & AirAsia X Sempena Deepavali

The 2016 MTV EMA Pre-Nominee Voting for Best Southeast Asia Act