in ,

Sekitar Pra Pelancaran Album Kompilasi 12 Cinta

Cinta Ilahi Cinta Insani… begitulah universalnya sifat kecintaan yang mungkin ramai dari kita yang alpa tentang erti sebenar CINTA. Cinta tak semestinya untuk kekasih, untuk insani tapi cinta itu adalah mutlak dari Tuhan. Mungkin atas dasar itu, album kompilasi lagu-lagu yang berteraskan CINTA diterbitkan oleh penerbit & penyanyi Hafiz Hamidun.

Budiey menyahut jemputan dari Hafiz Hamidun untuk ke Majlis Pra Pelancaran Album 12 Cinta dengan lapang dada walaupun pada masa yang sama ada 2 lagi event yang menanti untuk disinggah. Tapi mungkin kerana takdir Yang Esa, Budiey dipilih untuk turut bersama-sama menyaksikan majlis ringkas ini di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2010 bersamaan 14 Ramadan 1431H lalu.

Album kompilasi 12 Cinta ini dilahirkan dengan usaha yang begitu cekal dari production milik komposer Hafiz Hamidun iaitu Arteffects Productions sempena dengan kehadiran bulan suci Ramadan Al-Mubarak. Tidak diragui lagu setelah membelek dan mendengar secara teliti semua lagu yang terkandung dalam album ini, ianya penuh dengan seribu pengertian dengan membawa mesej yang positif tentang erti cinta.

Budiey tiba di satu dewan besar beratapkan lutsinar yang begitu cerah di mana di sini juga adalah dewan untuk buffet berbuka puasa. Budiey difahamkan Hafiz Hamidun diberi mandat untuk menghiburkan pengunjung berbuka puasa di sini selama 24 hari. Kalau di Hotel Singgahsana, kita dihiburkan dengan Rabbani dan kalau di Hotel Royale Chulan pula, anda akan dihiburkan dengan persembahan dari artis Hafiz Hamidun.

Oh ya lupa juga nak promote, kalau nak berbuka kat sini, harga untuk seorang ialah RM98. Berbaloi atau tidak, Budiey difahamkan setiap hari dewan ini dipenuhi dengan pengunjung. Juadah dan hidangan yang disajikan juga sangat banyak. Macam-macam ada.

Pelancaran album 12 cinta

Berkonsepkan kepada Arabian, maka khemah yang gah ini didirikan untuk menempatkan penghibur dari Arteffect Production.

Bercakap tentang album ini, menggabungkan 9 orang artis lama dan baru dengan single-single terbaru dengan irama yang lebih segar dan Budiey percaya album ini mampu dan berpotensi untuk menjadi hiburan alternatif masyarakat umumnya. Antaranya, NowSeeHeart, Aiman, Azfar, Aidil, Fitri Haris, Nur One, Zaidan, Iris Duo dan Soufies.

Manakala lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Cuba – Aidil, Akan Ku Jumpa – Azfar, Bersua Denganmu – Nur One, Suara Azan – Fitri Haris, Selalunya – Zaidan, Ayah – Soufies, Menanti Solehah – Aiman, Kerana Doa – NowSeeHeart, Ku Yakin Berlaku – Aidil, Ratu Hatiku – Nur One, Mistik Cinta – Iris Duo dan Cinta Terakhir – Aiman.

Album ini akan menjadi permulaan kepada sasaran Arteffects untuk menerbitkan 20 produk setahun, dan langkah ini akan bermula hari ini.

Pelancaran album 12 cinta

Pra Pelancaran dihoskan oleh penyampai dari Radio IKIM

Apa istimewanya album ini:

1. Beberapa buah lagu dalam album ini menjadi lagu runut untuk beberapa buah drama yang sedang bersiaran di stesen televisyen. Antaranya, Cinta Terakhir – Drama Ilusi, 26 episod di TV3, Akan Ku Jumpa untuk drama Syurgamu Ramadan, 13 episod TV3 dan Ku Yakin Berlaku untuk Drama Ku Yakin Berlaku, Astro Oasis – akan datang).

2. Album ini diterbitkan dengan gabungan oleh tiga orang komposer baru dan lama iaitu Hafiz Hamidun, Azahari NowSeeHeart dan Isma Yusoof atau kini lebih dikenali sebagai Azma Aizal.

3. Menariknya, single-single ini akan menjadi permulaan bagi artis ini untuk terus melakarkan nama dan merakam album pada masa akan datang. Dengan kemunculan album ini, artis terbabit akan berusaha untuk mengumpul lagu sebanyak 8 lagu. Dalam kata lain, single-single ini akan menjadi sandaran untuk melihat sambutan pasaran muzik yang tidak menentu masa kini. Budiey lihat, usaha keras dari Arteffects Productions tak mengenal putus asa dan begitu yakin serta percaya dengan kredibiliti lagu-lagu dalam album 12 Cinta.

Akan datang, beberapa lagu di dalam album ini juga akan turut menjadi lagu tema untuk drama-drama bercorak keislaman dan positif yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Namun, bukanlah menjadi matlamat dan sasaran album ini untuk mengambil kesempatan di atas situasi yang berlaku. Ia sekadar menjadi bukti bahawa lagu-lagu bertema positif, ketuhanan dan nasihat turut menjadi sandaran penggiat hiburan selain industri muzik.

Pelancaran album 12 cinta

Azma Aizal kini bergelar komposer baru

Pelancaran album 12 cinta

Hafiz Hamidun selaku penerbit sedang berucap sempena Pelancaran Album 12 Cinta

Antara petikan ucapan Hafiz Hamidun yang mewakili Arteffects Production:

Album ini sangat bermakna bagi syarikat beliau, sebuah syarikat kecil yang bermula dari sebuah bilik di rumah, dan kini alhamdulilah, sudah memiliki sebuah studio rakaman sendiri yang lengkap dan studio latihan di sebuah premis pejabat di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras.

Album ini membuka lembaran baru khususnya terhadap Arteffects kerana 15 Ogos 2010 lalu, Arteffects secara rasminya telah memeterai perjanjian edaran untuk produk-produk terbitan Arteffects, secara eksklusif bersama Warner Music Malaysia di dalam bentuk fizikal dan digital.

Sebelum ini, Arteffects telah bekerjasama bersama pengedar tempatan, iaitu FMC selama hampir tiga tahun. Kini dengan termeterainya ikatan bersama Warner Music.

Pelancaran album 12 cinta

Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan dijual dalam harga RM26.90 dan akan dipasarkan secara berperingkat-peringkat. Para peminat yang ingin mendapatkan album ini secara eksklusif boleh mengirimkan emel kepada [email protected] pembeli bertuah sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini bakal berpeluang menerima kunjungan dari artis-artis yang terbabit di dalam album ini terus ke rumah mereka.

Sedap sungguh ketupat palas,
Masak seperiuk mentahnya satu
Apa ada pada dua belas
Dua belas cinta pada yang satu

Ini dia gambar-gambar yang sempat Budiey ambil.

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

NowSeeHeart… kumpulan nasyid yang dulunya pernah berkolaborasi dengan beberapa artis bergabung untuk lagu raya Lebaran Ini… kini buat comeback dan tampil dengan lagu terbaru mereka iaitu Kerana Doa. Dengarkannya di sini:

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Azma Aizal

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Pelancaran album 12 cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Denise Keller

Sabhi Saddi Dah Ada Teman Istimewa Tapi…