in , ,

Rumahtangga Aliff Syukri Goyah, Unfollow Isteri di Instagram

TINDAKAN usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagram mengundang pelbagai andaian netizen. Aliff ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga, namun memberitahu hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami… kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya… itu sahajalah!

“Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada komen!

– Aliff Syukri

Aliff ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Dia diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak dan berdepan masalah.

Malah isterinya tidak hadir dan memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut, pagi Jumaat.

Lebih menguatkan spekulasi apabila usahawan ini muncul dengan single baharu seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga!

Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia.

– Aliff Syukri

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

“Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,”

– Aliff Syukri

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Santai Hujung Minggu, JAKARTA LOVE STORY di TV Okey

Ada Sebab Ella Teruja & Optimis dengan Pakaian Muslimah Sabella x Ella