in ,

SAKIT KU RASA Taruhan Terbaru Black

Selepas kejayaan lagu Anugerah Terindah, penyanyi popular Black muncul dengan single terbaru yang berjudul Sakit Ku Rasa. Masih mengekalkan genre ‘Pop Ballad’ kali ini Black menggunakan khidmat komposer terkenal Zul 2by2. Istimewanya, lagu ini turut menampilkan Black sendiri sebagai penulis lirik disamping Zul.

“Saya selesa dengan genre ini. Setelah melihat fenomena Anugerah Terindah, saya yakin ini adalah genre yang sesuai dan kena dengan suara saya.

“Tetapi tidak saya nafikan ada yang turut bertanyakan kenapa saya tidak membawakan lagu yang lebih rancak, untuk makluman saya pernah membawakan lagu seperti itu sebelum ini bersama sahabat baik saya Tomok melalui lagu REMPUH,” jelas Black.

Ini merupakan kali pertama Black bekerjasama dengan Zul 2by2 dalam menghasilkan lagu.

“Seronok bekerjasama dengan abg Zul. Beliau tidak memberikan saya tekanan semasa proses rakaman dan kami banyak berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini penuh dengan perasaan dan melekat di hati pendengar.” ujar Black

Penggambaran muzik video Sakit Ku Rasa dijangkakan pada awal Ogos ini dan dijangka akan turut menjadi fenomena seperti Anugerah Terindah.

Dengarkan ‘Official Audio’ Sakit Ku Rasa di laman YouTube Monkey Bone. Lagu ini dapat dinikmati di seluruh platform digital tidak lama lagi.

BLACK - Sakit Ku Rasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Rumah Terbuka BEST FM 2017

Vokal Hebat Siti Nordiana & Jaclyn Victor dalam NISAN CINTA