in , ,

Rozita Akhirnya Buka Mulut, Rupanya Ini Sebab Utama Unfollow Shahida di Instagram

Ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menepis dakwaan hubungannya dengan Datin Seri Nur Shahida bermasalah berikutan tindakannya tidak mengikuti akaun Instagram (IG) menantunya itu.

Bukan hanya Shahida, Rozita mendedahkan, dia tidak juga mengikuti IG milik anak sulungnya, Noor Hayati Kamarzaman dan Aliff. Menerusi entri IG, Rozita tampil bersuara apabila tidak tahan fitnah yang dilemparkan netizen berikutan terheret dengan krisis rumah tangga Aliff dan Shahida.

Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegaskan hubungan dengan menantunya, Datin Seri Shahida masih baik.

View this post on Instagram

Posting caption mengundang utk tambah dosa.?? ..ambik kesempatan Utk meraih followers membaca , meramaikan org komen utk ghibah..?? ..tak takut ke dosa fitnah buka aib orang..?? . . Sy bersuara sbb dah tak tahan dan penat lahhhhh ..kalau org lain xda sape kisah pun…xfollow , memollow, bercerai xbercerai bagai …tak ada org berminat nak tau . Persoalannya dapat apa ntah..?? Kalau bercerai juga napa ..?? , nak kawin dgn kri..?? atau nak kawin dgn ida ..( keduanya kaya dn baik " nak sy buka tender ke ..??? ) ..suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke..?? . bab kri dgn ida sy pun dipalit sama..!! sy xbersalah dalam hal ni …Tolonglah ,Kasihanilah , berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni @shahidadherbs .!! Suka hati sy nak follow atau x..Pak menteri atau artis pun sy xfollow .sy xkan lihat benda yg xmenguntungkan . . Sy x follow Ida , kecoh seMalaya masa PKP ni, sempitnya cara berfikir ..Sedap bergosip penghilang stress ya..seronok bergosip..Nak tau sy gaduh & salahkan menantu..Dia tetap anak menantu sy lah till jannah ( dlm islam xda istilah unfollow masuk neraka weiii) . . Pernah nampak sy gaduh dgn orang lain maki hamun di media ke..?? kalau dgn org xpernah , tak kan dgn Ida sy nak gaduh ..posting sy semua dia IG dianggap sindir Ida..?? .sy org tua yg matang setakat hari ni ok..!! Berhentilah jd penyibuk " Dia sgt baik dgn sy , sampai sekrang..!! sy xfollow Yati , Kri xda pulak org nak tanya ke..?? . . Menghina org sedap , sbb xkena kat diri kita kan..!! Cuba kena diri sendiri ..esok lusa kita xtau takdir sendiri..kita xpernah jumpa , x kenal , hanya dimedia , sedap menunding hina ..ada ke peluang nak jumpa kita ni ..?? utk minta maaf..Akhirat bukan main2 tempatnya . . Sy xpernah burukan Ida , dan x campur dunia luar ..Ingat ayat sy satu je " dia tetap menantu sy hingga akhir hayat sy dn ibu pd cucu sy..Sy x follow xmaksud sy gaduh ..Sy Penat dihakimi oleh netizen . Jgn tanya sy unfollow .. Sy malas dan xnak tengok semua anak2 sy di media sosial .Semak Otak je..!! . . & jgn soal perkara xcerdik , xmenguntungkan , xperlu membizy pasal mereka utk sy ulas….!! Nasihat ke tidak ke ..!!..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

“Saya ‘unfollow’ Shahida bukan bermakna bergaduh. Saya tak pernah memburukkan Shahida, tetapi netizen menuduh saya menggunakan laman sosial menyindir menantu. Semua status saya dianggap sindir Shahida. Sempitnya cara berfikir.

“Nak tahu saya bergaduh dan salahkan menantu. Hubungan saya dan Shahida masih baik hingga kini. Dia tetap menantu dan ibu kepada cucu saya hingga akhir hayat.

“Saya penat dihakimi netizen. Saya, orang tua yang matang. Saya tidak pernah bergaduh atau maki hamun orang dalam laman sosial. Nak gaduh dengan orang pun tidak pernah, apatah bergaduh dengan menantu sendiri,”

– Rozita

Rozita mempersoalkan, kenapa tiada siapa peduli apabila dia ‘unfollow’ Noor Hayati dan Syukri.

“Saya penat dan tidak mahu menjenguk laman sosial anak-anak, semakan otak sahaja.

“Jangan kata anak-anak, menteri dan artis pun saya tidak ikut,”

– Rozita
shahida rozita

Rozita menjelaskan, dia tidak bersalah dalam isu rumah tangga anak dan menantunya itu.

“Saya tak faham kenapa saya turut diheret dalam kemelut rumah tangga mereka,”

– Rozita

Ibu kepada tujuh cahaya mata itu meminta netizen mengasihani dirinya dan Shahida serta tidak membebankannya dengan konflik rumah tangga pasangan itu.

“Jangan mempersoalkan perkara tidak cerdik kerana tak membawa keuntungan. Tidak perlu ambil tahu mengenai mereka, kemudiannya minta saya ulas. Jangan tanya saya menasihatkan mereka atau sebaliknya.

“Saya tak faham kenapa netizen ingin tahu siapa yang saya ikuti dan tidak dalam laman sosial. Apa faedah nak tahu isu anak saya bakal bercerai atau tidak?

“Tetapi, hal orang lain tiada siapa pula ambil tahu. Saya tak tahan dan penat,”

– Rozita

Rozita berkata, sekiranya terjadi perceraian, kenapa?

“Ada yang ingin berkahwin dengan Syukri atau Shahida? Kedua-duanya kaya dan baik hati. Atau ada yang hendak saya buka tender?

“Kenapa suka menghina atau sengaja buat orang lemah semangat,”

– Rozita

Rozita berkata, mudah menghina orang kerana tidak kena pada batang hidup sendiri, tetapi tiada siapa tahu ketentuan takdir pada kemudian hari.

“Kita tak pernah berjumpa dan hanya mengenali dalam laman sosial. Memang sedap menuding jari dan menghina, tetapi adakah kita berpeluang berjumpa dan meminta maaf. Akhirat bukan main-main tempatnya,”

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699

Tepat! Penyanyi Shila Amzah Yakin Dengan Pilihannya