in , ,

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699

Syarikat gergasi teknologi, Apple mengumumkan model terbaharu mereka pada tahun ini iaitu iPhone SE yang tampil dengan harga serendah RM1,999.

Terdapat beberapa spekulasi mengenai peranti ini sama ada ia dipanggil iPhone SE 2, iPhone 9, ataupun hanya iPhone SE sahaja. Mungkin untuk memudahkan penamaan, Apple hanya menamakannya sebagai iPhone SE kerana iPhone SE (2016) telah pun menjadi model usang dan dihentikan pengeluarannya.

Ia merupakan kesinambungan kepada iPhone SE generasi pertama yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Apa yang menariknya tentang model ini, ia menawarkan pelbagai fungsi yang cukup hebat, pada harga ekonomi.

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699

Varian 64GB misalnya, dijual pada harga bermula RM1,699 diikuti 128GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,699).

Dari sega reka bentuk, ia memiliki rekaan asas persis model iPhone 8 dengan rangka skrin 4.7 inci dan dilengkapi home button dengan Touch ID. Cip dijana oleh Apple Bionic A13 yang merupakan cip yang digunakan pada siri iPhone 11 sebelum ini. RAM pula adalah 3GB dengan storan dalaman bermula 64GB sehingga 256GB.

Untuk iPhone SE ini ia sepatutnya dijadualkan pelancarannya melalui acara rasmi fizikal. Namun disebabkan wabak Covid-19, ia terpaksa membatalkan acara tersebut dan hanya mengumumkannya secara atass talian. Secara keseluruhan, jika anda penggemar iPhone dengan saiz kecil, mungkin anda sedikit kecewa kerana sudah tiada iPhone yang bersaiz kompak dikeluarkan oleh Apple.

Jika ada pun, ia merupakan iPhone 8 yang dilancarkan pada tahun 2017. Jadi pengguna tiada pilihan untuk membeli peranti saiz kompak dengan harga yang rendah. Hari ini, Apple telah menghadiahkan sekeping surat cinta untuk peminat iPhone dengan saiz kecil dengan spesifikasi terkini dan juga yang paling penting, harga pasaran yang rendah.

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699

Rekaan keseluruhan peranti adalah mirip iPhone 8 jadi terdapat ruang bezel pada bahagian atas dan bawah peranti. Paparan peranti adalah berukuran 4.7 inci dengan panel LCD. Ia beresolusi 750 x 1334 dengan PPI hanya 326 pixelsahaja.

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699
iPhone SE tampil dengan pelbagai fungsi menarik pada harga rendah.

Menurut The Verge, mereka menyifatkan model itu sebagai versi baharu iPhone 8 dengan keupayaan kamera dan sistem pemproses yang lebih baik. Dijana dengan cip AI3 Bionik, model itu turut menawarkan keupayaan kamera 12 megapiksel dan fungsi mode ‘potrait’.

Sebagai sebuah peranti mampu milik, hanya satu kamera belakang hanya yang dimuatkan bersaiz 12MP. Ia mampu merekod video 4k sehingga 60fps dan juga Portrait Mode walau hanya satu lensa sahaja Manakala untuk kamera swafoto pula adalah bersaiz 7MP (f/2.2).

Terdapat 3 pilihan warna iaitu hitam, merah, dan putih. Bateri pula adalah sebesar 1,821mAh yang merupakan saiz sama dengan iPhone 8 sebelum ini. Menurut Apple, ketahanan bateri adalah sama sahaja seperti iPhone 8.

Ia turut merangkumi keupayaan penstabilan imej dan kualiti rakaman video berdefinisi 4K.

Menariknya ia turut menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan tanpa wayar. Akan tetapi pengecas yang disediakan hanya berkelajuan 5W sahaja. Untuk mengecas dengan kelajuan 18W tersebut, pengguna perlu membeli pengecas yang berasingan.

Antara fungsi lain adalah perlindungan kalis air IP67 namun, untuk anda yang merindukan bicu audio 3.5mm, harap maaf kerana tiada fungsi tersebut untuk peranti ini. Lain-lain spesifikasi adalah Wi-Fi 6pembesar suara stereo, getaran Haptic Touch, dan juga True Tone.

Yang paling menarik dengan iPhone SE ini adalah harga jualannya. Ia dijual pada harga rasmi $399. Ini merupakan harga yang sama ketika iPhone SE (2016) diumumkan jadi anda bernasib baik kerana Apple tidak naikkan harganya.

Bagi mereka yang berminat, iPhone SE hadir dalam tiga variasi warna iaitu putih, hitam dan merah.

iPhone SE (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM1,699

Di Malaysia, peranti dijual pada harga bermula RM1,999 untuk model 64GB, RM2,199 untuk 128GB, dan RM2,699 untuk 256GB. Namun untuk pembelian, anda masih belum boleh berbuat demikian kerana penghantaran masih belum tersedia.

Tarikh jualan peranti itu di Malaysia bagaimanapun belum diumumkan lagi.

Sama-sama kita nantikan.

What do you think?

93 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wajib Dengar! 17 Penyanyi Bergabung dalam #JANGANKELUAR Bawa Mesej Penting!

Rozita Akhirnya Buka Mulut, Rupanya Ini Sebab Utama Unfollow Shahida di Instagram