in , ,

Risteena Munim & Isa Khan Umum Nikah 12 Mac Ini, Cipta Lagu Khas Berjudul Karunia Terhebat

Teka-teki mengenai majlis perkahwinan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada Jumaat depan.

Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pernikahan pasangan sensasi Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada Jumaat depan, 12 Mac 2021. Pengumuman itu dibuat oleh Isa dan Risteena menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi di mana mereka memilih tanggal 12 Mac 2021 sebagai hari bersejarah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian itu, mereka turut meminta peminat dan netizen mendoakan agar niat baik mereka itu dipermudahkan.

Risteena &Amp; Isa Khan Umum Nikah 12 Mac Ini

Lebih manis, Isa juga memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu khas untuk bakal suri hatinya berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.

Isa_4

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Risteena mengumumkan berita gembira tersebut kepada pengikut dan peminatnya.

“Dia memberikan kita hati, suci untuk cinta.
Bukan bisa untuk membenci, dengki dan dusta.
Aku tercari cari, di mana cinta abadi.
Sampai saat yang di nanti, cinta bermula di sini

“Assalamualaikum Wbt. Kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami, mohon doakan agar urusan Ijab & Qabul kami yang akan berlangsung pada 12/3/21 nanti di permudahkan. Amin Yra” tulis aktres berkenaan.

Akhirnya-Risteena-Isa-Khan-Bakal-Langsung-Pernikahan-12-Mac-Ini

Isa Bakal Keluar Lagu Khas

Lebih mencuri tumpuan, Isa juga menerusi perkongsian tersebut turut menjelaskan yang dia akan mencipta sebuah lagu khas untuk Risteena berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Mereka juga menitipkan doa agar hubungan Risteena dan Isa Khan terus berjalan dengan lancar sehingga ke Jannah kelak.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Berita gembira yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur apabila hari indah mereka hampir tiba serta mendoakan agar urusan dan perjalanan majlis dipermudahkan.

Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini terpaksa menundakan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 21 November tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saapuu | 23

Gatal Sangat Kan, Haaa Saapuu Jer

Gadgetmodel Hiasan | 24

Suami Cemburu, Tembak Isteri Ketika Lena Tidur