in , ,

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Dengan sekali lafaz, Risteena Munim selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Isa Khan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kira kira jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan sama padan sama cantik menyarung persalinan sentuhan Ezuwan Ismail itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin

Majlis serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri keluarga dan teman rapat

Majlis berkenaan turut menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000. Bagaimana jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

“Tadi sebelum nikah jantung berdegup laju. Tapi selepas selesai majlis lega sikit. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” kata Risteena.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Mengenai Isa, kakak kepada pelakon Ruhainies itu menyifatkan suaminya bersungguh sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.

“Selain kesungguhan diri, kejujuran hatinya buat saya yakin… dialah yang akan sama sama membina kehidupan mendatang bersama sama,” kata Risteena.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Dalam pada itu, Isa turut merakamkan sebuah lagu berjudul Karunia Terhebat sebagai meraikan simbolik kisah cinta mereka

Kata pelakon dan penyanyi yang juga adik kepada aktor Miller Khan itu, lagu berentak pop balada itu dicipta sahabatnya sendiri, Ayid Sidki.

“Liriknya nukilan saya dan diterbitkan penerbit Hadi Rumnan.

“Lagu ini sepenuhnya mengenai gambaran kisah cinta kami. Saya dedikasikan khas buat dia (Risteena). InsyaAllah,” katanya

Pemilik nama penuh Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan ini berharap dapat terus membahagiakan isterinya sampai bila bila.

“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang dia berikan kepada saya selama ini sangat luar sangat biasa. Saya tidak mahu mempersiakannya.

“Saya menghargai apa yang dia lakukan selama ini,” katanya.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Risteena dan Isa berkenalan kira-kira pada tahun 2019 ketika menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang disiarkan TV Okey.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Perancangan asal pasangan ini sepatutnya bernikah pada 20 November tahun lalu, iaitu sehari selepas Risteena genap 30 tahun. Namun kerana situasi semasa pandemik, majlis itu dianjak ke tahun ini.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP
Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP
Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOLIO CINTA Fiena Menjadi Penamat Kepada Kisah Lagu Hit TUHAN JAGA DIA UNTUKKU

PENUNGGANG AGAMA Tonjol Babak Lebih Berani & Gandingan Mantap Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan