in

Suami Cemburu, Tembak Isteri Ketika Lena Tidur

Berita mengemparkan negara ini berlaku di Kota Tinggi Johor. Siapa sangka angkara cemburu, seorang suami tergamak membunuh isteri yang sedang lena tidur.

Wanita tersebut dipercayai ditembak mati ketika sedang tidur oleh suaminya berusia 43 tahun menggunakan senapang angin.

Dipercayai punca pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.

“Siasatan awal yang dijalankan ke atas suami mangsa, mendedahkan berlaku perselisihan faham antara mereka pada Isnin lalu sebelum mangsa keluar rumah pada Isnin lalu kira-kira jam 2 pagi.

“Berdasarkan siasatan, suami mangsa telah mengaku membunuh isterinya di rumah mereka dengan menembak menggunakan senapang angin dan selepas itu mayat isterinya dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar,” jelas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Mayat mangsa ditanam oleh suaminya menggunkan jengkaut sedalam 2 meter. Selain itu, suami mangsa juga seorang pemandu jengkaut.

Difahamkan, sebelum ini pembunuh merupakan seorang suami yang romantik dan bapa yang penyayang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Risteena | 23

Risteena Munim & Isa Khan Umum Nikah 12 Mac Ini, Cipta Lagu Khas Berjudul Karunia Terhebat

Naelofar | 24

The Essence of Art Nouveau ALIA B. X NAELOFAR RAYA 2021 Collection