in

Remy Ishak Jawab Isu Sertai Pesta Songkran di Bangkok

Kecoh di laman sosial apabila Remy Ishak dilemparkan dengan kata-kata negatif apabila beliau meletakkan gambar beliau berpesta Songkran di Instagramnya. Namun, cemuhan itu tidak pernah diendahkan malah sikit pun tak dibaca oleh Remy Ishak kerana niatnya adalah untuk berseronok bukannya ada tujuan lain seperti yang diperkatakan umum.

Remy-Ishak-Pelakon

Pelakon Remy Ishak berpendapat adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya atau sesiapa sahaja untuk berseronok, lepas stress di Pesta Songkran di Bangkok. Bagi Remy, beliau mahu merasai pengalaman tentang budaya negara luar. Apatah lagi, Remy bukannya merancang hendak ke pesta tersebut kerana kebetulan selesai sahaja pengambaran filem Antara Satu, Remy mahu menghilangkan stress dan mahu pada waktu yang sama mahu menghabiskan cuti yang singkat. Remy Ishak tak pernah ke Bangkok sebelum ini. Lawatan ke Bangkok adalah kebetulan di waktu pesta Songkran diadakan.

Menurut Remy lagi, dia begitu teruja untuk merasai pengalaman tersebut dan dari dulu lagi dia suka pada warisan dan kebudayaan.

Pesta Songkran disambut setiap tahun di Thailand bagi menyambut tahun baru di sana. Semasa pesta Songkran, semua yang datang perlu menyimbah air simbolik membersihkan patung-patung Budha. Segelintir yang mencemuh dan mengutuk adalah yang mengatakan Remy tak patut ke sana kerana ia dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Menarik di Konsert Judika Mencari Cinta Live in KL

Gambar Rekaan Kashfi Zulkufli di Pelancaran MINI Cooper