in , ,

Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Takut Dan Gementar Jumpa Orang

GARA-GARA terlalu lama tidak melakukan penggambaran disebabkan pandemik COVID-19, pelakon Remy Ishak mendedahkan, dirinya berdepan masalah gementar dan takut untuk berdepan dengan orang ramai.

Bagaimanapun, kata Remy, masalah tersebut harus diatasi agar semangatnya tidak hilang.

“Memang benar saya mengalami masalah itu (gementar dan takut) sehingga saya nak jumpa orang rasa macam tak berani, namun saya cuba kawal sebaiknya.

 “Nak kata anxiety, saya pun tak pasti, namun ia terjadi sewaktu zaman pandemik dahulu. Mungkin disebabkan lama sangat tak shooting dan tak berjumpa orang, bila keluar shooting semula rasanya itu agak lain.

“Walaubagaimanapun, saya tak boleh terus dengan keadaan begini, kena lawan juga. Kalau saya kalah mungkin hilang.

“Untuk 2023, ini saya nak kembalikan semangat saya. Perasaan gementar itu masih ada, kalau wartawan interviu pun masih rasih shaky,”

Remy berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Harum Malam yang bertempat di Starling Mall.

Berkongsi mengenai lakonan Remy dalam filem tersebut, aktor berusia 40 tahun itu menyifatkan filem arahan Dain Said sebagai sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita cukup berbeza daripada kebanyakan filem seram sedia ada.

“Filem ini sangat details, daripada awal sampai akhir. Ia bukan sekadar filem hantu yang mahu menakutkan orang ramai.

“Semua babak yang saya lakonkan memang saya suka, cumanya kalau pilih satu, saya suka babak atas meja kemudian tetak watak Farah sampai berdarah guna parang.

“Itu memang tak pernah saya buat dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini. Itu antara salah satu watak agresif daripada segi fizikal yang saya lakukan.

“Ini filem seram pertama untuk 2023, saya harap akan dapat sambutan dan diterima oleh semua penonton seluruh Malaysia,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUKI LOW

Single BAHAGIA YANG SEBENTAR Ciptaan Shila Amzah Buat Suki Menangis

SAYS

Usahawan Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire