in , ,

Niezam Zaidi Terima Ucapan Sokongan Artis, Tapi Nasihat Remy Ishak Paling ‘Win’

Selepas tularnya berita mengenai Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tudvhan memiliki d4dah, pelakon berusia 29 tahun ini tampil memuatnaik sebuah hantaran terbaharu berkongsi akan perkembangan dirinya.

Terlebih dahulu, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf sekiranya membuat sebarang kesilapan . Malah dia turut memohon maaf tidak dapat membalas kiriman mesej daripada para media dan sahabat-sahabatnya.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, Whatsapp, call dan sebagainya”

– Niezam Zaidi
Niezam Zaidi Terima Ucapan Sokongan Artis, Tapi Nasihat Remy Ishak Paling Mencuri Tumpuan

Menganggap perkara yang terjadi sebagai satu hikmah, Niezam meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Budak Pailang ini berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai isu penah4nannya.

Rakan Selebriti Titip Kata Semangat

“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahm4ti kalian

“Buat masa sekarang,saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini.

“Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahm4ti, amin,”

Di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat. Antaranya seperti Norman Hakim, Zoey Rahman, Shima Anuar, Siti Fazurina, Syazwan Zulkifly,Remy Ishak, Ropie, Adam Shaz, Ungku Hariz serta ramai lagi.

Komen Netizen:

Niezam Zaidi Terima Ucapan Sokongan Artis, Tapi Nasihat Remy Ishak Paling Mencuri Tumpuan

Dalam pada itu, komen dari Pelakon Terkenal, Remy Ishak juga mencuri tumpuan ramai

“Something big is coming brother. Trust the process. In shaa Allah” nasihat Remy Ishak.

Niezam Zaidi Terima Ucapan Sokongan Artis, Tapi Nasihat Remy Ishak Paling Mencuri Tumpuan

Pada Ahad lalu, Niezam bersama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahy4rham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, telah ditahan atas tudvhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Pada Selasa,ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertudvhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.Jika disabitkan bersalah, Niezam berhadapan dengan hukvman penj4ra maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berb4haya (ADB) 1952.

Latiff pula did4kwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 manakala Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama dan boleh dihukvm di bawah Seksyen 12(3) Akta sama.Sabit kesalahan Saiful Zaidrin boleh dikenakan hukvman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 selepas meminta rayuan pengurangan dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Indah Ruhaila Kembali dengan Lagu Terbaharu Berjudul DEMI KAMU

TRAVEL

Sekitar Pembukaan Coolblog Cawangan Ke-263 di Ampang Point