in , ,

Gambar Menarik di Konsert Judika Mencari Cinta Live in KL

Seramai 1,500 penonton telah membanjiri KL Live, Jalan Sultan Ismail untuk menonton persembahan Judika pada 12 April 2014 lalu.

Konsert ini merupakan konsert sulung Judika di Malaysia atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sibotang dan ternyata, dengan jumlah yang hadir, Budiey rasa Judika perlu merancang konsert yang lebih bersifat mega pada masa akan datang.

Sebanyak lebih 14 buah lagu telah didendangkan buat mengubat rindu peminat. Lebih manis apabila Judika dapat berduet sama rockers otai Malaysia, Amy Search dalam dua buat lagu iaitu Isabella dan Tiada Lagi. Gabungan vokal yang cukup mantap dan hebat. Mutu persembahan yang tak pernah mengecewakan. Sebelum itu, Amy Search membawa lagu Kerja Gila secara solo untuk memberi ruang kepada Judika berehat seketika.

Sebagai gimik, Judika turut mempersembahkan sebuah lagu cover version dengan lenggok tersendiri dari Adele – Someone Like You dengan iringan bersama dari suara penonton. Sebagai kemuncak, Judika membawa lagu-lagu popular yang semestinya wajib didendangkan iaitu Aku Yang Tersakiti yang mana lagu ini cukup berhantu dan digilai ramai.

Kepada peminat Judika, nak tengok video Judika perform silakan melawat dan subscribe Youtube Channel Budiey.com: www.youtube.com/budiey27

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

Amy Search, Judika

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ahmad Idham Buka Ahmad Idham Film Academy di Nusajaya

Remy Ishak Jawab Isu Sertai Pesta Songkran di Bangkok