in ,

Suami Rebecca Sesak Nafas di Tahap 4 Covid 19, Rayu Kerajaan Supaya Full Lockdown

Pelakon popular Datin Rebecca Nur Islam berkongsi pengalaman menakutkan apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang ketika ini positif Covid-19 telah mengalami sesak nafas.

Berkongsi video ketika live di Instagram petang tadi, Rebecca tidak dapat menahan air mata ketika bercerita.

“Ketika saya berada di dalam toilet, tiba-tiba sesak nafas. Suami saya disahkan stage 4 dan stage 5. Saya minta semua mendoakan suami saya yang semalam dibawa ke hospital,”

– Rebecca Nur Al Islam

Bercerita lebih lanjut, Rebecca memberitahu ketika itu suaminya suka menarik nafas kerana paras oksigen yang rendah. Ketika itu juga dia berada keadaan takut dan kelam-kabut, termasuk perlu memikirkakn keadaan anak-anaknya.

“Adik-beradik suami telah menolong menelefon ambulans semalam dan cuba mendapatkan hospital private untuk suami. Semua hospital dah penuh, Tuhan sahaja yang tahu keadaan hospital sekarang.

“Ketika saya menemani suami menaiki ambulan untuk ke salah sebuah hospital, ketika tiba kami diberitahu keadaan padat dan penuh serta tidak boleh menerima pesakit lagi,” .

– Rebecca Nur Al Islam

Menurut Rebecca, dia juga telah menemani suaminya duduk di dalam ambulans selama dua jam di tepi jalan.

Jelasnya, dia bernasib baik kerana pihak ambulans cuba menolongnya menelefon hospital yang sesuai, manakala dia sendiri berdegil untuk tidak mahu menghantar suaminya ke hospital kerajaan dan pusat kuarantin di MAEPS.

Menurutnya, dia risau dan tidak dapat membayangkan sekiranya keadaan di hospital kerajaan atau MAEPS adalah lebih buruk.

“Saya call kesemua hospital swasta di Selangor dan Kuala Lumpur dan semuanya penuh. Saya amat takut semalam.

“Alhamdulillah, dah ada seorang pesakit Covid-19 yang boleh discharge dan hospital swasta berkenaan mengizinkan suami saya untuk masuk,”

– Rebecca Nur Al Islam

Pada masa sama, menerusi caption di Instagram, Rebecca berharap agak kerajaan segera untuk melaksanakan Total Lockdown. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Ringkas HUAWEI nova 8i & HUAWEI Freebuds 4

Dua Anggota Dadali Meninggal Dunia Dalam Tempoh Seminggu