in

Maher Zain Nafi Konsert Bernilai RM1 Juta

Maher Zain Bernilai RM1 Juta?

Kemunculannya di arena muzik Islamik moden dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan sejak dua tahun lalu, Maher Zain sukses mencipta populariti serta fenomena tersendiri di persada antarabangsa.

Sambutan luarbiasa yang diterima lantas menjadikan hampir setiap masa penyanyi-komposer kelahiran Lebanon ini harus ‘terbang’ mengelilingi dunia menghiburkan peminatnya dengan mengadakan konsert jelajah dan terus memberi inspirasi dari satu negara ke satu negara.

Bila dah popular, biasalah sudah tentu ‘harganya’ pun mahal. Baru-baru ini tersebar di internet desas desus mengatakan figura yang mendapat jolokan ‘The Muslim King Of The Internet’ (mempuyai seramai lebih 4.2 juta pengikut di Facebook) ini, kononnya menerima bayaran yang tinggi sehingga mencecah nilai satu juta, untuk satu-satu konsert di sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Lumayan tu.

Maher Zain

Berkesempatan bertemu Maher di sidang media sempena konsertnya, Maher Zain Forgive Me Live in Malaysia 2012, MD bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

“1 juta? Saya harap. Jujur saya katakan dakwaan saya dibayar sebanyak itu untuk persembahan di sini, tidak benar sama sekali. Sebetulnya tidaklah di semua negara saya menerima bayaran sebegitu. Bergantung juga pada bagaimana konsert atau persembahan yang saya tampilkan”, jawab Maher Zain sambil tersenyum ketika ditemui di Restoran Hadramawt, Jalan Ampang, petang semalam.

Janjikan Kejutan
Sementara itu malam esok jam 8 jangan lupa! Maher bakal menghiburkan peminat-peminat tanah air, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, ada kelainan serta sesuatu yang cukup istimewa bakal ditampilkan sepanjang 2 jam atau mungkin lebih, pada persembahannya nanti.

Maher Zain

Sekaligus kejutan itu disifat sebagai hadiah bagi menebus ketidakpuas hatiannya pada konsert di Stadium Malawati, Shah Alam yang berlangsung pada Februari tahun lepas.

“Saya cukup teruja dapat kembali ke Malaysia. Saya betul-betul dah bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik nanti”

“Sebenarnya saya tidak gembira dengan konsert saya tahun lepas. Jadi kali ini saya janji akan berikan sesuatu yang jauh berbeza, cukup istimewa dan penuh kejutan, InsyaAllah. Apa yang boleh saya katakan, ianya berbeza dari segi produksi, persembahan saya, para pemuzik dan… tak boleh lah cakap lebih-lebih. Surprise!”

Tambahnya, selain rangkaian lagu-lagu hit seperti Thank You Allah, InsyaAllah, The Chosen One, For The Rest of My Life juga termasuk lagu versi bahasa Melayu, turut akan dinyanyikan nanti single petikan dari album terbaru Forgive Me seperti lagu Freedom dan Number One For Me.

Berkongsi sikit mengenai perkembangan dan projek akan datang, Maher memberitahu selesai konsert di sini beliau terus berangkat ke Indonesia untuk menjalani penggambaran drama di sana. Kemudian beliau pulang ke Mesir dan menanti ketibaan bulan Ramadhan. Di samping itu beliau juga kini sedang dalam proses mengumpul material untuk album ketiganya.

“Masih terlalu awal untuk saya ceritakan mengenai album ketiga. Tapi saya sangat teruja dan ada sesuatu yang cukup istimewa untuk peminat Malaysia nanti. Tunggu!”, kata Maher mengahkhiri perbualan.

Maher Zain Forgive Me Live di Malaysia 2012 dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records serta disokong oleh Tourism Malaysia. Maklumat lanjut atau bagi sesiapa yang masih belum mendapatkan tiket, anda boleh melayari laman sesawang www.marctensia.com @ www.ticketcharge.com.my

Oh ya, kalau mungkin ada yang bertanya berlakon sinetronkah Maher di Indonesia? Kita nantikan saja perkembangannya nanti. kredit: http://malaysiandigest.com

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rebecca Hamil Kali Kedua Kandungan Kini 5 Bulan

Gambar Akim di Rakaman ROOFTOP ntv7