in ,

Positif Covid 19, Suami & Anak-Anak Rebecca Nur Al-Islam Beransur Pulih

Syukur Alhamdulilah! Keadaan kesihatan suami pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam iaitu Datuk Norazam Sulaiman semakin beransur pulih. Bagaimanapun, Rebecca berkata, suaminya masih tidak boleh terlalu banyak cakap kerana cepat penat.

Ia susulan Norazam dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu negara selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba merosot akibat positif Covid-19.  

“Kepada yang bertanya mengenai keadaan suami saya, alhamdulillah suami beransur pulih, cuma tak boleh bercakap banyak kerana cepat penat,”

– Rebecca Nur Al-Islam

Menurut Rebecca, dia juga bersyukur apabila kesemua anak-anaknya sudah beransur sihat dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka. 

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Anak-anak saya sudah sihat sepenuhnya. 

“Terima kasih kepada ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, rakan-rakan artis, rakan media dan semua pengikut kesayangan saya yang banyak mendoakan kesihatan anak-anak serta seluruh keluarga saya,”

– Rebecca Nur Al-Islam

Dalam masa sama Rebecca berkata, dia tidak dapat membalas jasa baik orang disekeliling yang banyak membantu dirinya ketika berdepan ujian dalam hidup. 

“Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala doa dan kebaikan anda. Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah,”

– Rebecca Nur Al-Islam

Terdahulu Rebecca berkongsi keadaan suaminya yang secara tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital pada 13 Julai lalu. 

Rebecca pada sesi siaran langsung di Instagram berkata, apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suaminya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19. 

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Platform Radio Media Prima, RIPPLE Umum Transformasi, Tukar Penyampai Radio

Ebit Lew Salur Bantuan di Malam Raya, Buat Lebih Ramai Sayangkan & Mendoakan