in

Razif Hashim Pengacara Best In The World

TARIKH SIARAN: 4 OGOS 2011

HARI: KHAMIS

MASA: 9.30 MALAM

EPISOD: 13

BAHASA: BAHASA MELAYU & INGGERIS 

Razif Hashim Pengacara Best In The World

Jika anda penggemar makanan Malaysia, ini mungkin sebuah program yang harus ditonton oleh anda. 8TV mempersembahkan BEST IN THE WORLD sebuah rancangan bercorak dokumentari hiburan yang akan mengetengahkan makanan-makanan yang lazat di Malaysia

Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.

Resized-Img_1108

Setiap minggu anda akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan rasa. Menariknya setiap episod akan tampil dengan tema yang berbeza. Antara tema-tema yang dipaparkan dalam program ini ialah ‘Rice Spice’ yang akan memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan. Selain itu tema ‘Oodles of noodles’ juga tidak kurang menarik dengan hidangan pelbagai jenis mee yang lazat. Antara tema-tema lain ialah ‘Chili fever’, ‘Food from the roots’ dan banyak lagi. Segalanya yang lazat, enak yang pasti membuka selera anda dalam BEST IN THE WORLD!

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Tidak hairan salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita.

Selain dari makanan, BEST IN THE WORLD juga memuatkan ‘Special Tips Segment’ yang memberikan tips-tips berguna kepada penonton antaranya mengunyah dengan betul ketika makan, memakai pakaian yang tidak terlalu ketat ketika makan dan banyak lagi. BEST IN THE WORLD juga menampilkan beberapa tetamu undangan untuk berkongsi pendapat dan citarasa mereka dengan khalayak.

“Saya seorang yang suka makan dan program ini semestinya membuat saya berselera dan tidak sabar untuk mencuba makanan yang diketengahkan dalam program ini!” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Sesetengah makanan yang diketengahkan merupakan makanan yang sangat ringkas namun dipersembahkan dengan oleh Razif dengan cara yang menarik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Razif yang akan membawa anda menikmati keenakan makanan Malaysia”

Bermula 4 Ogos 2011, saksikan sebuah program yang pasti merangsang selera anda dengan makanan-makanan lazat di Malaysia dalam BEST IN THE WORLD setiap Khamis jam 9.30 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708 atau layari laman sesawang 8TV di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my.

Bitw Logo Small

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben 10 Set to Hero Up in First CGI Movie

Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia