in , ,

Malaysia Antara Negara dengan Jumlah Tweet K-Content Terbanyak

K-Content berkembang secara global di Twitter dengan peningkatan Tweet sebanyak 546% sepanjang 10 tahun yang lalu dan Malaysia tersenarai antara 7 negara dengan jumlah Tweet tentang K-Content terbanyak di dunia pada tahun 2022.

Daripada K-Pop, K-Drama, K-Movies, hingga ke webtoon dan banyak lagi, Twitter merupakan tempat perbualan K-Content berlaku.

Setelah berkembang dengan pesat di rantau Asia, K-Content kini berada di peringkat global dengan negara-negara di Eropah, Amerika Utara dan juga Peru menjadi antara 20 negara teratas yang paling banyak tweet tentang K-Content setakat tahun ini.

K-Content 2022_My

Sejajar dengan perkembangan perbualan K-Pop, bilangan Tweet tentang K-Content telah meningkat sebanyak 546% sepanjangan 10 tahun lalu.

YeonJeong Kim, Ketua Global Perkongsian K-Pop & K-Content di Twitter, berkata “Komuniti K-Pop di Twitter sungguh bersemangat dan kami kini melihat budaya fandom yang kuat itu terus berkembang, termasuk dengan pelbagai K-Content.

Peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata. Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda tonton, orang ramai boleh bercakap mengenainya di Twitter.”

Meskipun tujuh daripada sepuluh negara teratas yang paling banyak Tweet mengenai K-Content adalah negara Asia, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom, Mexico, Kanada, Perancis, Vietnam, Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Peru menyertai perbualan berkaitan K-Content di seluruh dunia.

Malaysia pula berada di kedudukan ke-7 di dunia.

K-Content 2022_001

   1 Sumber: Data Internal Twitter, Tweet Global, Julai 2011 – Jun 2022.

K-Content 2022_002

2 Sumber: Data Internal Twitter, Tweet Global Berbahasa Inggris dan Korea, 1 Januari – 18 Ogos 2022

1

K-Content 2022_003

  Persilangan aktiviti bintang K-Pop turut mendorong minat masyarakat dunia kepada K-Content.

Sebagai contoh, kemunculan bintang K-Pop Kim Se-Jeong dalam K-Drama “Business Proposal”, Lee Jun-Ho dalam K-Drama “The Red Sleeve”, Lee Ji-Eun (IU) dalam filem “Broker”, dan Ok Taec-Yeon dalam filem “Hansan: Rising Dragon” menyumbang kepada lonjakan Tweet dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

K-Drama bertajuk “Our Beloved Summer” merekodkan Tweet paling banyak pada hari original soundtrack dari BTS, V bertajuk “Christmas Tree” dikeluarkan.

Manakala K-Drama berdasarkan webtoon seperti “All of Us Are Dead” dan “Our Beloved Summer” membawa kepada perbualan tentang kedua-dua drama dan kandungan webtoon asalnya.

Di Malaysia, “Snowdrop” merupakan K-Drama yang paling banyak di Tweet pada tahun ini, diikuti dengan “Twenty Five Twenty One” serta “Business Proposal” di tempat kedua dan ketiga.

Di peringkat global, K-Movie yang paling banyak di Tweet setakat tahun ini ialah “Broker”.

Filem itu menarik perhatian dengan pelakon Song Kang-Ho, pemegang anugerah pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Cannes. K-Movie seperti “HUNT” dan “The Witch: Part2. The Other One” ialah K-Movie yang kedua dan ketiga paling banyak di Tweet di dunia.

Sertai perbualan K-Content yang berlangsung di seluruh dunia dalam masa nyata, #OnlyOnTwitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Trending | 14

Dramatari RATU KUNING LANGKASUKA di Panggung Sari, Istana Budaya

Ninja Van

Ninja Van Kini Dilantik Jadi Penhantar Untuk Penjual Tiktok Shop