in , ,

Ramai Sangka Ini Jantina Anak Fazura Apabila Hanis Zalikha Komen Alisa Tunggu Kawan Dia

Akhirnya terbongkar jantina anak Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja.

Pelakon popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin. Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

Fazura
Fazura

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,”

– Fazura
Fazura

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,”

– Fazura

Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Alami Alahan Teruk Hamil Anak Kedua

Syahmi Sazli Bersedia Untuk Mengarah Filem Sulung MAEL TOTEY THE MOVIE