in , ,

Mawar Rashid Alami Alahan Teruk Hamil Anak Kedua

PELAKON Mawar Rashid berkongsi kini hamil anak kedua.

Mawar, 25, berkata kehamilannya kali juga agak mencabar dan mengakui memberi kesan kepada stamina dirinya.

“Alhamdullilah, syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga, kali ini alahan teruk sedikit.

“Itu sebabnya saya kurang aktif di laman sosial. Ramai buat permintaan saya buat Barbie Challenge tapi tak larat. Minta maaf semuanya.

“Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat hilang. Loya teruk kali ini,”

– Mawar Rashid

Berita gembira itu dikongsikan Mawar di Instagram menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri. 

mawar rashid
Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Pemakaian Barangan Emas dari Rozita Che Wan, Ini Cara Berhias Cara Che Ta

Ramai Sangka Ini Jantina Anak Fazura Apabila Hanis Zalikha Komen Alisa Tunggu Kawan Dia