in , ,

Hanis Zalikha Dikecam Buat Video Masakan Dalam Bahasa Inggeris

Pasti ramai tahu pelakon Hanis Zalikha tidak lokek berkongsikan resepi menu masakan khas buat peminatnya.

Baru-baru ini, Hanis ada memuat naik video resepi satu menu yang sangat digemari oleh kleuarganya.

Turut berkongsikan video resepi, Hanis turut mengajak pengikutnya untuk mencuba menu sarapan pagi diciptanya sendiri yang diberi nama Cheesy Blueberyy Garlic Spread.

Hanis Zalikha Dikecam Buat Video Masakan Dalam Bahasa Inggeris

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Hanis bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan kemampuannya untuk menggunakan bahasa Melayu.

Dalam pada itu, namun ada yang mempertahankan isteri kepada Hairul Azreen itu dengan mengatakan tiada salahnya menggunakan bahasa Inggeris kerana Hanis memperomosikan barang dari luar negara.

photo_2020-09-04_14-25-59

Meskipun ramai yang mengecam namun Hanis dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberi rekasi terhadap komen tersebut mungkin kerana sudah lali dengan kritikan serta kecaman netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Tiga Tahun Menyepi, Tasha Manshahar Kembali Aktif Tapi Bukan Jadi Penyanyi

Isu Video Panas Adik, Anak Sulung Nora Nak Jumpa Keluarga Budak Lelaki