in ,

Rakaman Stailista Unplugged Siti Nurhaliza, Najwa Latif, Alyah & Shila Amzah

[dropcap]S[/dropcap]eindah Ramadan kini dihidangkan di kaca TV3 dan TV9. Diikuti nanti dengan Anugerah Syawal yang bakal menyediakan pelbagai program menarik sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.

Budiey dikhabarkan ada beberapa lagi program raya yang belum dirakam. Termasuklah sebuah program yang melibatkan penyanyi wanita terkenal yang kesemuanya sudah bertudung. Mereka ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latif. Mereka dijadualkan akan berada di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013, hari Sabtu jam 8 malam.

Rakaman Stailista Unplugged

[pullquote align=”right”]Program Stailista Unplugged akan disiarkan di TV9 hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi.[/pullquote]

Muzik yang berbeza, personaliti penyanyi pujaan ramai, vokal terbaik mempersona, imej bertudung, antara kriteria utama yang Budiey lihat program Unplugged di TV3 bakal menjadi perhatian peminat. Apa yang Budiey lihat, empat nama besar dalam industri hiburan ini semakin meningkat populariti sementara Dato’ Siti Nurhaliza bertahan menjadi penyanyi nombor satu negara.

Najwa Latif popular di sosial media, begitu juga dengan Shila Amzah yang kini sedang berusaha keras melebarkan empayar seninya di peringkat antarabangsa. Dikatakan oleh Shila Amzah semasa sidang media Pra Dengar Album Terbaru Shila Amzah, menurut beliau, penyanyi Alyah juga tampil mempersembahkan lagunya dalam Stailista Unplugged ini. Mmm, menarik gak ni. Sudah tentu penyanyi wanita terbaik di Malaysia ini bakal mempersembahkan lagu mereka dan berkongsi pentas dalam suasana penuh sentosa hari raya.

Mereka bertiga akan bergabung suara dalam program Stailista Unplugged yang akan disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal tiga figura ini dalam irama muzik unplugged.

Shila Amzah sendiri mengakui beliau sangat teruja dengan kolaborasi ini. Nantikannya di musim perayaan ini. Segalanya ada di TV9.

Kepada penonton yang ingin melihat dan menyertai rakaman Stailista Unplugged hendaklah berpakaian baju raya. Barulah sesuai untuk tontonan raya.

SITI NURHALIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One In A Million Kembali Dengan Elemen American Idol & The Voice

Lana Nordin Nafi Dicekup Tak Puasa Main Mahjung