in ,

Lana Nordin Nafi Dicekup Tak Puasa Main Mahjung

[dropcap]S[/dropcap]emalam, kita digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pelakon wanita seksi yang sedang asyik bermain mahjung dan tidak berpuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, pada Rabu. Ketika serbuan, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu sedang bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

lana-nordin

Khabar angin mengatakan artis wanita yang dimaksudkan adalah pelakon kontroversi, Lana Nordin. Melalui Portal Gua, Lana Nordin menafikan yang pelakon seksi itu adalah dirinya. Jika bukan Lana Nordin, habis tu siapa ya? Mmm, siapa lagi ya artis seksi kat Malaysia ni ya?

“Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang.”

“Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat.”

Mengulas mengenai hubungannya dengan teman lelakinya, Lana menyatakan hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. Dalam perkembangan lain, Lana baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri ‘What If’ arahan Jehan Miskin yang disiarkan di 8TV.

Dia kini sedang menantikan tarikh untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama siaran RTM. Sempena bulan Ramadan ini, Lana juga aktif dalam menghadirkan diri ke majlis amal berbuka puasa. Sumber: Portal Gua

Siapa Pelakon Seksi Dicekup Tak Puasa Main Mahjung?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman Stailista Unplugged Siti Nurhaliza, Najwa Latif, Alyah & Shila Amzah

Kenapa Fahrin Ahmad Tiba-Tiba Rasa Cemburu?