in

Raikan Hari Jururawat Sedunia Bersama Telemovie MISI ADRIA

Raikan Hari Jururawat Sedunia Bersama Telemovie “Misi Adria” di TV1

Ramai di antara kita tidak tahu bahawa 12 Mei merupakan Hari Jururawat Sedunia. Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak melupakan pengorbanan hebat seorang insan yang bergelar jururawat ini. Saksikan sebuah telemovie yang cuba mengangkat peranan seorang jururawat yang besar baktinya pada masyarakat, bertajuk “Misi Adria” pada 12 Mei ini, pukul 3.05 petang.

Misi Adria

Telemovie karya Asmira Suhadis ini mengetengahkan pelakon Nadia Nisaa yang membawakan watak utama sebagai jururawat bernama Adria di samping pelakon Syed Ali, Roslam Madun, Lan Siro dan ramai lagi.

Menariknya telemovie yang mengisahkan cabaran jururawat dari bandar yang berkhidmat di pendalaman ini diilhamkan penulis skripnya Asmira Suhadis menerusi kisah sebenar tugas terpaksa digalas jururawat pendalaman yang menggunakan pengangkutan sungai.

Ia turut mengangkat kisah cabaran didepani seorang jururawat di pendalaman terutama melibatkan dua perkara iaitu situasi orang tua yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital dan golongan wanita yang enggan melakukan pemeriksaan di awal tempoh kehamilan. Hakikatnya mereka kurang diberi pendedahan tentang risiko yang dapat dikurangkan jika mendapat pemantauan awal dari hospital.

Menjalani penggambaran di Ulu Tembeling, Taman Negara, Pahang, menerusi telemovie ini penonton dapat menikmati keindahan destinasi pelancongan terkenal itu, selain merasai pengalaman menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

Plot kisah drama ini berkembang melalui watak Adria, dimana penonton dapat menghayati tanggungjawab digalas jururawat yang bertugas di kawasan pedalaman bukan mudah. Malah Adria juga terpaksa berdepan dengan sikap bidan kampung yang enggan bekerjasama dalam memastikan keselamatan pesakit.

Pada masa sama Adria berkenalan dengan pemuda kampung bernama Taufiq yang juga pemandu bot yang sering dinaikinya ketika bertugas di pendalaman. Adakah jodoh antara keduanya? Saksikan kesudahan kisah mereka hanya di TV1.

Syed Ali dan Nadiya Nissa

Syed Ali sewaktu pengambaran telemovie Misi Adria

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Khas Hari Ibu Bertajuk 3 HATI IBU di TV1

The Long-Awaited Lamb Is Back at Tony Roma’s!