in

Radio ZAYAN Saji Segmen Gaya Hidup Muslim Moden Kontemporari

Budiey nak ucapkan selamat maju jaya buat Mawi, Raqib, Lin Ariffin, Anas dan Falyq yang memulakan tugas sebagai penyampai radio atau pengemudi utama Radio Zayan menerusi strim di zayan.my dan gelombang radio bermula pada hari ini, 2 Oktober!

Masih lagi mengekalkan prestasi sebagai rangkaian radio nombor satu Malaysia, Astro Radio terus memperkukuhkan jenama-jenama radio di bawah naungannya dengan menyediakan pelbagai kandungan menarik yang menepati citarasa para pendengar di Malaysia.

ZAYAN ANNOUNCERS

Terus utuh menjadi pilihan hati rakyat Malaysia, Astro Radio menubuhkan sebuah lagi jenama baharu radio yang diberi nama Zayan. Diumumkan pada 21 September 2017 lalu bersempena Majlis Kesyukuran anjuran Astro Radio, Zayan bakal beroperasi pada 2 Oktober 2017 bersama lima (5) orang penyampai radio yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air seperti bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-3 Mawi, bekas penyanyi kumpulan nasyid, Anas, penyanyi lagu ketuhanan Raqib, Falyq dan pengacara rancangan Bismillahdduha (Astro Oasis), Lin Ariffin.

Menurut Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry bin Wan Mansor,

“Zayan menyediakan pelbagai kandungan yang merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandaskan gaya hidup Muslim moden kontemporari. Gelombang baharu ini tertumpu kepada golongan pelajar-pelajar dan dewasa bekerjaya serta pendengar muda alaf baru yang sentiasa aktif menerokai dunia dan berkongsi pengalaman mereka. Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan stesen berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang dilancarkan pada 2 Oktober.”

ZAYAN LOGO

Tambah Wan Syahrul Amry,

“Stesen ini turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim moden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka. Kami menampilkan barisan personaliti radio yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi. Menggunakan #IndahDiHati sebagai slogan, Zayan juga menyajikan pelbagai segmen menarik untuk pendengar sasaran melalui segmen- segmen berikut; Segmen Pagi, ‘Salam Bros’ bersama Mawi dan Anas (6 hingga 10 pagi) ,Segmen ’#ZOTD’ bersama Lin Ariffin (10 pagi hingga 3 petang), Segmen ‘Zayan Valet’ yang dikendalikan oleh Raqib (3 petang hingga 7 malam), dan Segmen ‘Zayan Café’ bersama Falyq ( 8 malam hingga 12 tengah malam). Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan Zayan adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang menyampaikan mesej-mesej yang baik.”

Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry

Masa

Nama Segmen

Penyampai Radio

6 .00 pagi – 10.00 pagi

Salam Bros

Mawi & Anas

10.00 pagi – 3 petang

#ZOTD

Lin Ariffin

3 petang – 7 malam

Zayan Valet

Raqib

7 malam – 8 malam

Zayan Fikir (Z-kir)

8 malam – 12 malam

Zayan Cafe

Falyq

Stesen ini turut menyediakan platform buat pendengar yang ingin berinteraksi secara langsung bersama para penyampai melalui aplikasi WhatsApp. Dengan adanya peluang sebegitu, pendengar boleh terus berkongsi pandangan dan pendapat mereka bersama para penyampai radio yang bertugas.

Pengisian stesen Zayan boleh diakses menerusi strim di zayan.my, laman sosial Zayan seperti laman web, Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube. Para pendengar juga boleh mendengar Zayan di frekuensi Lembah Klang (104.9FM), Alor Star (98.1FM), Ipoh (106.4FM), Melaka (98.9FM), Johor Bahru (92.8FM) dan Kuantan (91.6FM).
Selain Zayan, Astro Radio turut memperkenalkan sebuah stesen baharu berbahasa Cina goXUAN, yang menyasarkan pendengar muda dan bertenaga berumur 10 hingga 24 tahun. Stesen ini lebih cenderung menyediakan kandungan terkini yang sentiasa menepati citarasa anak muda pada masa kini menerusi goxuan.my.

Falyq

Anas

Raqib

Mawi

Lin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Perkahwinan Puteri Nur Asyiqin Anak Perempuan Sulung M. Aziz Osman

Ini Senarai Lagu Kelly Clarkson dalam Album Terbaru