in

Rabbani, Ina Naim & Far East Dalam Daurah NMI Khas Raya

DAURAH NMI SIARAN KHAS RAYA BERSAMA TETAMU KUMPULAN RABBANI PADA HARI RAYA KE ENAM DI RTM

Berbanding carta-carta lagu popular yang disiarkan stesen-stesen TV di negara kita pastinya sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan kelainan kerana selain berkongsi carta lagu-lagu nasyid terbaik masa kini menerusi Daurah NMI (Nasyid Minggu Ini) yang kini masih bertahan siarannya di RTM.

Seperti program-program lain yang muncul dengan edisi khas berhari raya, Daurah NMI Khas Raya juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton yang akan bersiaran pada 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan Hari Raya ke enam, jam 6.00 pagi dan ulangsiarnya pada hari sama jam 2.30 petang di TV2.

Namun istimewanya kali ini Daurah NMI tidak memaparkan daurah mingguan sebaliknya video-video muzik nasyid bertemakan hari raya dalam menyemarakkan sambutan Syawal yang diraikan seluruh umat Islam ini.

Begitu pun penonton tidak sekadar dihiburkan menerusi video-video muzik sahaja malah suasana keceriaan lebaran di studio turut dikongsi sama dengan kemunculan beberapa artis undangan istimewa termasuklah Kumpulan Rabbani tanpa Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Kumpulan Far East dan pasangan artis suami isteri, Suhaimi dan Ina Naim. 

Pastinya kemunculan mereka artis-artis ini akan bercerita mengenai aktiviti mereka semasa berpuasa di bulan Ramadan, melakukan persiapan hari raya dan sepanjang meraikan Syawal yang diraikan bersama keluarga, saudara mara dan insan-insan tersayang. Apatahlagi seperti selebriti yang lainnya rumah mereka pastinya meriah dikunjungi peminat-peminat yang banyak mendorong kejayaan mereka menjadi artis dikenali. 

Sepanjang setengah jam bersiaran, Daurah NMI Khas Raya  mengekalkan pengacara Sufian Amrin yang dikenali sebagai ahli Kumpulan nasyid Saujana dan bergandingan dengan Suraya Mohammad akan bersama-sama dalam rancangan ini menemubual artis undangan di studio.

Antara lagu raya yang disampaikan adalah Gema Hari Raya oleh Kumpulan Rabbani dan lagu-lagu raya disampaikan oleh Raihan dan Nowseeheart.  

Kepada anda yang ingin berkongsi lagu-lagu raya dengan konsep nasyid khas Aidilfitri ini, usah ketinggalan menyaksikan Daurah NMI Khas Raya pada 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan Hari Raya ke enam, jam 6.00 pagi dan ulangsiarnya pada hari sama jam 2.30 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri dari Artis SNP

Drama Perempuan Istimewa Syawal Di TV2