in

Deevesh Rangkul Gelaran Juara Raagavin Star

Acara penutup ‘Raagavin Star’ pada 26 Ogos lalu menyaksikan kemenangan menjadi milik Deevesh Thiagarajah, peserta kegemaran pilihan ramai. Acara yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi Facebook THR Raaga.

Raagavin Star Champion - Deevesh

Deevesh, peserta yang berasal dari Selangor itu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, manakala naib juara- Sabesh Manmathan yang juga dari Selangor membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000. Nimaalan Krishnan, yang berasal dari Kedah pula memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Pertandingan ‘Raagavin Star’ ini dianjurkan oleh stesen radio Tamil nombor satu di Malaysia, THR Raaga, dan telah menerima sebanyak 1,000 penyertaan. Peserta dikehendaki untuk memuat naik video nyanyian mereka di laman sosial Instagram dan disertakan hashtag #RaagaStar bersama video tersebut. Seterusnya, juri pertandingan akan memilih 10 peserta dengan nyanyian terbaik daripada kesemua peserta.

Kesemua 10 video peserta terbaik itu dimuat naik di laman sesawang THR Raaga bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton, mendengar dan seterusnya mengundi peserta pilihan mereka. Lima orang peserta yang mempunyai jumlah undian tertinggi berpeluang untuk bekerjasama bersama komposer tanah air- DJ Gan, Jay, Sundarr, Ztish dan Lawrance Soosai.

Barisan komposer terkenal ini akan membantu para peserta untuk menyusun lagu karya mereka sendiri hanya dalam masa lima hari.

Pada acara kemuncak ‘Raagavin Star’, kesemua lima finalis telah menyanyikan lagu baru mereka dan telah dinilai oleh juri yang terdiri daripada penyanyi terkemuka tanah air Preetha Prasad, Siddharthan dan penyampai radio THR Raaga, Aanantha.

Group Picture

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

12 Bintang Kembali Tunjuk Taring di Konsert Homecoming AF Pusingan 1

Bagaimana RM10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power