in

12 Bintang Kembali Tunjuk Taring di Konsert Homecoming AF Pusingan 1

Seperti yang diumumkan baru-baru ini, perintis program realiti tanah air ‘Akademi Fantasia’ kini kembali dengan edisi khas ‘AF Megastar’ yang mana ia bakal menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat yang lahir menerusi program ini.

Seramai 24 bintang yang terdiri daripada bekas-bekas juara dan peserta ‘favourite’ dari AF musim pertama hinggalah AF 2016 bakal dihimpunkan di atas pentas yang sama untuk merebut gelaran juara unggul ‘Megastar’.

Konsert Homecoming AF Pusingan 1

Menerusi Konsert Homecoming AF (Pusingan 1) yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, seramai 12 bintang bakal membuka pentas utama dengan persembahan paling memukau demi menempah tiket untuk mara ke pusingan seterusnya. 12 bintang yang bakal membuat persembahan adalah terdiri daripada Firman, Ara, Adam, Marsha, Azhar, Bob, Mila, Amar Jahari, Ewal, Idayu, Zahid dan Sufi.

Siaran Langsung Konsert Homecoming AF Megastar (Pusingan 1) akan berlangsung pada 3 September 2017 (Ahad), di Royal Theater, Shah Alam.

Selamat berjuang buat semua yang menyertai program ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wolfe Bowart: Menawan Generasi Muda Melalui Teknik-Teknik Old School

Deevesh Rangkul Gelaran Juara Raagavin Star