in ,

Raaga & Digi Mulakan Pencarian HERO YANG TIDAK DIDENDANG

‘Doktor Teddy Bear ’ – Dr.Madhusudhan, Dato’ Sri Andy dan Guru Manisekaran merupakan antara individu yang ditampilkan

Perbuatan kecil yang dilakukan seringkali meninggalkan impak terbesar dan kebaikan yang dilakukan oleh individu-individu hebat ini acapkali tidak disedari. Saathanai Hero-kkal, kempen yang berlangsung selama 1 tahun anjuran RAAGA dan Digi Telecommunications Sdn Bhd meraikan dan memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang mengerjakan kebaikan dalam usaha memberi kehidupan yang lebih baik buat orang lain.

Pendengar setia RAAGA boleh mencalonkan mana-mana individu yang mempunyai kisah penuh inspirasi untuk berkongsi dengan masyarakat di www.raaga.my sebelum kempen berakhir pada 4 Januari 2019. Kisah yang paling memberi inspirasi akan disenarai pendek dan ditemuramah di segmen Kalakkal Kaalai RAAGA oleh penyampai RAAGA, Anantha dan Uthaya.

HERO YANG TIDAK DIDENDANG

Subramanian Veerasamy, Pengurus Kandungan RAAGA berkata,

“Kami sangat kagum dengan kebaikan rakyat Malaysia yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Kami berharap dengan memaparkan kisah-kisah mereka di radio, RAAGA dapat terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih baik. Dengan kerjasama dengan Digi, kami berharap dapat memberikan lebih banyak cerita yang memberi inspirasi kepada 1.29 juta pendengar kami, menerusi kandungan yang dibawakan di semua platform yang kami ada.”

Rajeeswaran Vengadasalam, Ketua Segmen Pengaktifan & Penajaan Digi berkata,

“Menjadi individu yang memberi inspirasi merupakan antara budaya kerja kami di Digi. Kami digalakkan untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang-orang di sekeliling, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga dalam kehidupan peribadi. Inilah yang kami mahukan ketika kami memulakan kerjasama dengan RAAGA iaitu mencari individu yang mempunyai kisah mengagumkan mengenai kebaikan yang dilakukan tanpa meminta apa-apa balasan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi menerusi kisah-kisah individu lain yang jarang diperkatakan, dan mendapat idea bagaimana mereka dapat membantu membawa perubahan yang lebih baik kepada komuniti masing-masing.”

Sejak Saathanai Hero-kkal dilancarkan pada bulan Jun 2018, tujuh individu telah dipilih untuk dipaparkan dalam segmen RAAGA Kalakkal Kaalai.

Antara individu yang terpilih ialah ‘Doktor Teddy Bear’ Dr S. Madhusudhan, yang telah menyediakan rawatan perubatan percuma untuk mereka yang tiada tempat tinggal dan tidak mampu membeli keperluan asas perubatan; Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Everest, Dato ‘Sri Andy, yang membantu mangsa Taufan Haiyan dan menyediakan penghantaran barangan secara percuma kepada badan amal yang terpilih; serta Pengasas Persatuan Yoga Malaysia, Guru Manisekaran, yang menjalankan bengkel dan kelas yoga untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

HERO YANG TIDAK DIDENDANG

Saathanai Hero-kkal juga turut memaparkan kisah Shalini, seorang individu yang penuh bersemangat membantu mereka yang memerlukan dengan menjalankan inisiatif kitar semula dan mendermakan wang yang berjaya diperoleh kepada pesakit kanser; Jacob Isaac, tidak terhad oleh ketidakupayaan fizikalnya, beliau menyumbang sebahagian pendapatannya kepada beberapa sekolah Tamil; Mahendran, pemilik refleksologi yang telah kehilangan penglihatannya namun masih mementingkan kebajikan orang lain terlebih dahulu dengan membuat kerja amal membantu orang buta; dan, Puspa Rani, ketua organisasi bukan kerajaan, Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia (MIAR) yang menyelamatkan binatang-binatang yang didera.

Untuk maklumat lanjut mengenai Saathanai Hero-kkal dan RAAGA, layari www.raaga.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAHNIAH! Da’i Adam, Peserta Muallaf Pertama Jadi Juara Musim ke-6

Apakah Kaitan Lagenda Bintang Hiphop Dunia, Tupac dengan RDZ?