in

Bagaimana RM10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power

Setelah tiga minggu bertarung antara tiga kumpulan iaitu Karipap Kaboom, Cekodok Panas & Nasi Lemak Power akhirnya kumpulan Nasi Lemak Power berjaya membuktikan kuasa wanita mereka dengan menjadi juara program Kecoh Suria dan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

Pengumuman juara Kecoh Suria berkenaan telah diadakan hari Jumaat 25 Ogos pada jam 8.00 pagi secara langsung melalui frekuensi radio Suria dan juga Facebook Suria Malaysia.

Bagaimana Rm10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power

Bagaimana RM10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power

Kumpulan Nasi Lemak Power yang dianggotai oleh penyampai Suria Zulin Aziz dan Suraya Borhan bersama artis jemputan Amy Mastura berjaya mengatasi dua kumpulan lain dengan keseluruhan undian 82.31%. Kumpulan Cekodok Panas yang dibarisi oleh Izzue Islam, Fizi Ali, Tyzo dan Karipap Kaboom yang dibarisi oleh DJ Lin, Shahrol Shiro, Zarul Husin masing-masing pula mendapat undian akhir sebanyak 57% dan 44.69%.

“Program sebegini merupakan satu kelainan yang kami ingin tampilkan buat pendengar kerana melalui program inilah mereka berpeluang menyaksikan sendiri bakat dan kreativiti penyampai Suria secara spontan buat pertama kalinya. Ini secara langsung memberikan pandangan yang berbeza terhadap kebolehan penyampai Suria dari sisi yang lain,” kata Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin sebagai penyampai Suria dan juga Pemangku Pengurus Program Suria.

Malah Cik Roslinda turut menambah betapa mereka menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan pendengar dan peminat yang mengundi mereka di suria.my sepanjang berlangsungnya program Kecoh Suria.

“Kecoh Suria merupakan idea kolaborasi daripada semua yang terbabit dengan Suria dimana, kempen ini mendapat sambutan yang baik menerusi on air, online dan on ground. Ini terbukti apabila kami berjaya meraih lebih 1 juta video tatapan hampir 90,000 undian terkumpul menerusi online & lebih dari 2.5 juta cecahan penonton menerusi Facebook. Buat peminat yang terlepas, mereka masih boleh menyaksikan video-video episod cabaran Kecoh Suria di www.suria.my.” kata Shahida Azad Jamaludin, Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria.

Kecoh Suria merupakan sebuah ‘game show’ Kecoh Suria merupakan sebuah ‘game show’ yang diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad, atau lebih dikenali sebagai Gbam. Ia melibatkan bakat seperti menyanyi, menari dan berlakon. Sebanyak tiga kumpulan akan berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM 10,000!

Setiap kumpulan diberikan tugasan atau cabaran yang berbeza genre setiap minggu. Tugasan tersebut dinamakan sebagai Lagu Kecoh, Joget Kecoh, Kecoh Sebabak dan Mulut Kecoh.

Bagaimana Rm10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power

Lagu Kecoh adalah tugasan yang menguji bakat peserta dalam bidang nyanyian dimana mereka dikehendaki menyanyikan lagu berdasarkan tema atau kata kunci yang mereka pilih melalui sampul warna.

Bakat peserta dalam bidang tarian diuji melalui tugasan kedua iaitu Joget Kecoh. Jenis tarian telah diberikan kepada mereka melalui sampul warna. Peserta perlu menari jenis tarian berdasarkan sampul warna yang mereka pilih. Yang menariknya, juru tari professional juga disediakan bagi membantu peserta mengikut pilihan lagu kumpulan masing-masing.

Kecoh Sebabak pula menampilkan bakat peserta-peserta dalam bidang lakonan. Mereka harus melakukan sketsa yang bertemakan Sukan Sea mengikut kreativiti masing-masing. Seorang kru produksi akan membantu mereka untuk menghasilkan efek bunyi atau pelbagai jenis efek lain yang diperlukan.

Tugasan Mulut Kecoh sebenarnya adalah tugasan berbentuk ‘lip sync battle’ di antara peserta. Sebelum itu, mereka perlu memilih lagu melalui sampul warna. Melalui tugasan ini, kita akan dapat lihat bagaimana peserta ini mengolah persembahan mereka untuk memikat hati juri jemputan.

Bagaimana Rm10,000 Milik Kumpulan Nasi Lemak Power

Pemarkahan setiap persembahan akan dikira melalui permarkahan daripada juri jemputan seperti Joey, Pat Ibrahim, Azwan Ali dan Saiful Apek sebanyak 50% dan undian pendengar sebanyak 50%.

Tarikh Episod/Tugasan Pemenang Mingguan
28 Julai 2017 Episod Pengenalan
31 Julai 2017 Episod 1 – Lagu Kecoh Karipap Kaboom
7 Julai 2017 Episod 2 – Joget Kecoh Nasi Lemak Power
14 Julai 2017 Episod 3 – Kecoh Sebabak Nasi Lemak Power
21 Julai 2017 Episod 4 – Mulut Kecoh Nasi Lemak Power

Kecoh Suria ini akan bersiaran bermula pada 28 Julai 2017 yang lepas sebanyak 5 episod dan dihoskan oleh penyampai radio Suria sendiri iaitu Bob Ringgo.

Layari laman web www.suria.my untuk menonton kesemua episod Kecoh Suria serta video origanal berdurasi pendek terbitan Suria seperti Sensasi Suria, Suria Jam, #ApaItuCinta, Parodi Zulin dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deevesh Rangkul Gelaran Juara Raagavin Star

Adakah Benar Leonardo DiCaprio Bakal Lakonkan Watak JOKER?