in ,

Qalisya Protege Tomok Tersingkir di Konsert Battle Keenam Mentor Milenia 2017

Tiga kali hampir tersingkir, Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin, atau lebih dikenali sebagai Qalisya, langsung tidak pernah berputus asa untuk membuktikan kemampuan yang dimiliki sehingga beliau akhirnya berjaya menjadi Nombor 1 di konsert battle kelima. Sayangnya kejayaan Qalisya tidak kekal lama apabila beliau diumumkan tersingkir dan peserta dari Sabah ini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan lain di program Mentor Milenia 2017.

“Saya rasa kamu perlu mencari ‘key’ yang sesuai ketika menyanyi supaya nyanyian kamu dapat sampai ke jiwa para penonton,” komen Ronnie Hussein selaku juri jemputan di konsert Ahad lepas tentang persembahan Qalisya yang telah membawakan lagu berjudul “Awan Yang Terpilu” (nyanyian asal oleh Ning Baizura). Juri tetap Mentor Milenia 2017, Datuk Hattan turut menasihati Qalisya untuk belajar cara-cara mengawal not rendahnya (low note) dan memperbaiki teknik nyanyiannya kerana Qalisya mempunyai potensi untuk menjadi penyanyi yang hebat.

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

Menurut Datuk Hattan, “Kalau boleh, saya ingin merayu kepada pihak produksi supaya tidak melakukan penyingkiran. Namun, minggu lepas tiada seseiapa yang tersingkir dan tidak mungkin akan berlaku sekali lagi pada malam ini. Salah seorang daripada mereka yang berada di tangga tercorot harus meninggalkan Mentor Milenia 2017 kerana ini adalah adat pertandingan. Ini tidak bermaksud perjalanan anda sudah berakhir tetapi ia adalah permulaan untuk berdepan dengan cabaran yang sebenar di luar sana.”

Penyingkiran Qalisya telah memberi peluang kepada Syeera (Black) yang turut berada di tempat paling corot untuk meneruskan persaingan di pentas Mentor Milenia 2017 bersama-sama Balqis & Usop (Hazama), Elica (Akim) dan Along (Tomok).

Muncul sebagai peserta pertama untuk membuat persembahan, Syeera telah medapat 18 markah daripada juri awam dengan lagu berjudul “Let It Go” (nyanyian asal Demi Lovato). Walaupun Syeera melakukan beberapa kesilapan kecil ketika persembahan, Syeera tetap mendapat pujian daripada Datuk Hattan bahawa vokalnya seakan-akan seorang penyanyi yang sudah berpengalaman lama.

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

Qalisya Protege Tomok Tersingkir di Konsert Battle Keenam Mentor Milenia 2017

Pertarungan konsert battle keenam ini juga menyaksikan Balqis, protégé Hazama, dinobatkan sebagai juara mingguan buat pertama kali. Anak gadis kelahiran Terengganu ini telah menyampaikan lagu “Hatinya Tak Tahan” oleh Noraniza Idris dan berjaya meraih markah penuh iaitu 20 markah daripada juri awam. Kebolehan beliau untuk menari sambil menyanyi telah menambat hati Datuk Hattan malahan persembahan Balqis pada setiap minggu tidak pernah mengecewakan.

“Saya rasa, selepas tamatnya program Mentor Milenia 2017, Balqis harus kekalkan ‘package’ seperti ini kerana Balqis mempunyai kelebihan untuk menari sambil menyanyi, dan bukan semua orang mampu berbuat demikian,” tambah Datuk Hattan lagi.

Para penonton di studio Sri Pentas 2 telah dihiburkan dengan persembahan khas daripada juri jemputan, Ronnie Hussein dengan lagu yang berjudul Menanti Janji. Penutup persembahan pula dilengkapkan dengan rangkaian lagu “Amboi-Amboi & Jomblo Happy” oleh kesemua protégé.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% daripada juri awam di studio.

Berikut ialah senarai protégé dan lagu yang telah disampaikan pada battle keenam:

Mentor Nama Protege Tajuk Lagu/Penyanyi Asal
 

 

 

Tomok

 

Mohamad Rozaimi Rosli (ALONG)

(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)

 

 

Demi Cinta / Ezad Lazim

 

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (QALISYA)

(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)

 

 

Awan Yang Terpilu / Ning Baizura

 

 

Black

 

Nur Syaheera Abd Aziz (SYEERA)

(19 tahun, Shah Alam, Selangor)

 

 

Let It Go / Demi Lovato

 

Akim

 

Angelica Paujin (ELICA)

(17 tahun, Tambunan, Sabah)

 

 

Bang Bang / Jessie J

 

 

Hazama

 

Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (USOP)

(20 tahun, Lunas, Kedah)

 

 

Baby / Justin Bieber

 

Nor Balqis Ahmad Tajudin (BALQIS)

(18 tahun, Kemaman, Terengganu)

 

 

Hatinya Tak Tahan / Noraniza Idris

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

Mentor Milenia 2017 yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan London dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

MENTOR MILENIA 2017: TOMOK KEHILANGAN SATU PROTÉGÉ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khas Vaisakhi, Filem Romantik Komedi Punjabi bertajuk Goreya Nu Daffa Karo

TUMIT TINGGI Program Majalah Wanita Terbaharu RTM