in , ,

Putus Dengan Kekasih, Ismail Izzani Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Ismail Izzani mengaku sudah putus dengan kekasihnya, penyanyi Shalma Eliana.

Menerusi temubual Melodi semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata bagaimanapun dia dan bekas kekasih masih berkawan baik dan memilih meneruskan perjalanan hidup masing-masing.

“Ya betul (dah putus) tapi dalam masa sama kami memilih jalan tersendiri sebab saya pun banyak lagi perkara nak explore & experience. Sama juga seperti Yana (Eliana), kami masih berkawan.

“Berkenaan (isu curang) sebelum ni, boleh katakan saya melakukan kesilapan. Tapi sekarang saya nak fokuskan pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang memberikan perkara positif,”

– Ismail Izzani
Putus Dengan Kekasih, Ismail Izzani Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Ditanya mengenai cincin berlian yang pernah dihadiahkan kepada Eliana, Ismail berkata bekas kekasih meminta untuk membuang cincin berkenaan ke dalam sungai.

“Sebelum ini saya dan Eliana ada berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Ini adalah momennya,”

– Ismail Izzani

Dalam pada itu, Ismail berkata dia mengakui masih menyayangi Eliana namun hanya akan kembali bercinta jika dirinya sudah bersedia.

“Saya sangat menyayangi dia, Eliana bermakna dalam kehidupan saya. Dia mengubah diri saya kepada seseorang yang tak pernah ada di posisi itu sebelum ni.

“Jika kembali bercinta, bukan sekarang. Selagi belum bersedia, saya takkan kembali kepada dia. Saya letih membuktikan saya layak dan penat dah untuk sakitkan hati sesiapa. InsyaAllah kalau dah bersedia, saya akan cintakan dia,” ujarnya.

– Ismail Izzani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Mohd Fauzi Mommy Happy

Mommy Happy, Pilihan Ibu Bapa & Guru, Kini Ada Premis Bangunan Sebagai Mercu Tanda

RENDY FALIQ

Showcase SE10 DIMENSI #BERIPELUANG Buktikan Penyanyi Baharu Bukan ‘Kaleng-Kaleng’