in , ,

Showcase SE10 DIMENSI #BERIPELUANG Buktikan Penyanyi Baharu Bukan ‘Kaleng-Kaleng’

Nampaknya kemunculan ramai penyanyi baharu selepas era pandemik Covid-19 boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sekaligus menjadikan dunia seni suara di negara kita semakin meriah.

Hampir dua tahun tidak dapat melakukan persembahan, pastinya ramai penyanyi merindui suasana buat persembahan di atas pentas. 

Dengan satu tujuan utama untuk membuktikan penyanyi baharu masih punya vokal mantap dan berbakat besar, seramai 10 orang penyanyi bakal menonjolkan bakat nyanyian mereka dalam satu persembahan Showcase yang diberi nama 10 DIMENSI #BERIPELUANG.

Untuk info pembaca, Showcase 10 DIMENSI #BERIPELUANG ini akan berlangsung pada 20 November 2021, hari Sabtu jam 9 malam sehingga 11.30 malam di Panggung Bandaraya DBKL. Sebanyak 150 tiket yang mana mengikut kapasiti SOP (jumlah penonton yang ditetapkan) sedang dijual untuk semua peminat. 

Showcase ini boleh diibaratkan seperti reunion atau satu perjumpaan semula penyanyi dengan peminat yang telah lama tidak melihat artis kegemaran mereka membuat persembahan di depan mata. 

Showcase SE10 DIMENSI #BERIPELUANG Buktikan Penyanyi Baharu Bukan ‘Kaleng-Kaleng’

10 orang penyanyi terlibat ialah Rendy Faliq, Rayme Zainal, Rinmuzaffar, Maizul Malik, Marcus Tan, Elmy Rahman, Affizy Khairy, Ammar Anuar, Miss Siti dan Suff Ahmed.

Showcase 10 DIMENSI #BERIPELUANG juga adalah satu inisiatif membantu penyanyi-penyanyi dari salah satu program MALAYSIA-ALL TOGETHER NOW MALAYSIA anjuran Astro untuk mendapatkan pendedahan yang lebih baik dalam konteks kerjasama sesama mereka.

Showcase ini dianjurkan dengan kerjasama dari beberapa pihak terutama sekali Saffront Music, Rendy Faliq Management & Ray Raydiates dan disokong oleh semua penyanyi yang terlibat. 

Kesungguhan mereka ini harus dipuji kerana mereka sanggup mengeluarkan wang dan tenaga sendiri untuk buat persembahan di pentas yang gah ini.

Antara lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan ialah Romancinta (Mojo), Bertakhta di Hati (Farahdhiya), Feeling Good (Micheal Bubble), Perpisahan Yang Kau Pinta dan banyak lagi. 

Selain dihiburkan dengan 10 penyanyi terlibat, penonton juga akan menyaksikan persembahan seorang penyanyi lagenda iaitu Datuk Nora Ariffin di mana beliau akan menyanyikan dua buah lagu. 

Menurut salah seorang penganjur iaitu Rendy Faliq Management, ramai penyanyi baharu sekarang ini dilihat berjuang bermati-matian untuk membina nama dan tapak dalam industri hiburan, namun ada di kalangan mereka kecundang kerana tidak diberi peluang untuk membuktikan bakat mereka.

“Showcase 10 DIMENSI #BERIPELUANG ini diharapkan dapat menyediakan satu platform untuk bakat baharu ini menonjolkan bakat nyanyian mereka. Ini memandangkan ada di antara mereka yang pertama kali buat persembahan di pentas yang besar,”

– Rendy Faliq

Idea untuk mengadakan showcase ini datang dari Rendy Faliq yang merindui untuk buat persembahan di hadapan khalayak peminat.

“Showcase ini adalah satu usaha kami bagi membantu penyanyi baru yang mahu mencipta nama dalam arena seni muzik. Jadi, kami mengharapkan sokongan dari semua pihak terutama pihak radio dan TV, para media, dan juga peminat,”

– Rendy Faliq

Menurut Rendy, penyanyi dan penganjur kini sedang gigih melakukan persiapan untuk memastikan semua peminat yang hadir terhibur dengan persembahan mereka. Persediaan sebanyak 60% seperti memproses tiket, poster, backrop untuk photo booth sudah pun selesai dilunaskan. Manakala baki persediaan adalah untuk melakukan latihan bagi mengasah vokal dan merancang konsep persembahan pada malam itu.

Ujar Rendy lagi, seorang penyanyi diberi peruntukan selama 10 minit untuk mendendangkan dua buah lagu. Rendy berharap agar showcase ini menjadi buah mulut daripada penonton seterusnya bakat mereka diterima oleh peminat. 

Rendy Faliq begitu teruja kerana beliau turut buat persembahan dan akan menyanyikan lagu Denting (Melly Goeslow) dan JIKA secara medley. Tidak dilupakan sebuah lagu yang trending berjudul KATA HATIKU (OST Drama Lelaki Kiriman Tuhan) dan lagu duet bersama Arja Lee berjudul BERPULANG. 

Dikhabarkan ada penyanyi seperti Rayme Zainal, Miss Siti dan Ammar Anuar bakal melancarkan single baharu mereka pada malam itu. Jadi, showcase ini sudah tentu cukup eksklusif dan istimewa untuk kepuasan peminat. Untuk info pembaca, Miss siti dan Ammar Anuar adalah merupakan artis di bawah naugan LEO EMPIRE RECORDS.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM60 seorang. Untuk peminat seni suara tanahair, anda boleh mendapatkan tiket anda dengan menghubungi Cik Akma di talian 013 693 8957.

PROFILE PENYANTI SHOWCASE 10 DIMENSI

Showcase 10 DIMENSI

MARCUS TAN

1) CHOIR TEAM

THE 10TH CHINA INTERNATIONAL CHORUS FESTIVAL (BEIJING, CHINA)

2) PROFESSIONAL SINGER IN PENANG  AND SEVERAL PLACES IN KUALA LUMPUR

3) RECORDING DUET DEMO WITH JYIN POH & DIOSDADO SOLIANO GUERZO 

4) SINGLE : ON MY MIND

5) SING JINGLES:

     – NIPPON PAINT MALAYSIA 

     – MR POTATO

6) PESERTA “ALL TOGETHER NOW MALAYSIA” MUSIM PERTAMA (4TH PLACES)

7) IG: @MARCUS.TYK

Showcase 10 DIMENSI

RENDY FALIQ

FINALIST BINTANG RTM 2004

SINGLE – KATA HATIKU (OST DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN)

SINGLE – BERPULANG DUET ARJA LEE

PESERTA ALL TOGETHER NOW MUSIM PERTAMA

FAN CLUB – RENDYNATICS

IG TALKSHOW – INI BORAK

IG – RENDY FALIQ

Showcase 10 DIMENSI

SUFF AHMAD

1) SINGLE 1 – I DON’T KNOW

2. SINGLE 2 – TENANG

3. PESERTA ALL TOGETHER NOW MUSIM PERTAMA

4. PESERTA THE AUDITION 2021

Showcase 10 DIMENSI

RIN MUZAFFAR

1)PESERTA “ALL TOGETHER NOW MALAYSIA” MUSIM PERTAMA

2) CEO SAFFRONT MUSIC (PRODUCTION HOUSE)

3)SINGLE:

  • IZINKAN AKU
  • TAK SEMPURNA
    OST LELAKIMU YANG DULU
    CARTA ERA
  • HAMBA (UP COMING)

4) RECORD LABEL: SAFFRONT MUSIC

5) FAN CLUB : FORMUZ

6) IG/YTC: RINMUZAFFAR

Showcase 10 DIMENSI

MISS SITI

  1. SINGLE – CERITA
  2. LABEL – LEO MUSIC EMPIRE
  3. PENCAPAIAN
  • JUARA BOTV BIGO MALAYSIA
  • JUARA THE VOICE BIGO MALAYSIA
  1. TALENT
  • IKLAN MERDEKA 2018(AFFILIATE JUNCTION)
  • WATSONS SKINCARE
  1. IG & TIKTOK : Misssiti_official
  2. UP COMING 3 SINGLE
  3. MUSIC VIDEO(MV) DIRECTOR
Showcase 10 DIMENSI

ELMY RAHMAN

  1. FINALIST
  • BINTANG KLASIK NEGERI PERAK (2010/2011) RTM
  • FINALIST BINTANG P RAMLEE 2011 NEGERI PERAK RTM
  • NAIB JUARA BINTANG PATRIOTIK HULU SELANGOR
    JABATAN PENERANGAN
  1. JUGA DIKENALI ‘THE SINGING EMCEE’
  2. JUARA BINTANG KLASIK UPSI (2014)
  1. NOSTALGIA MINI ALBUM (2019) LAGU KLASIK – ELMY RAHMAN
  2. SINGLE – HAPUS (2021)
    CARTA HITS SELANGORFM
    CARTA LAGU ROCK JIWANG PUTRAJAYAFM
    LAGU BARU NAK UP ERA
  3. UP COMING SINGLE – IN PROGRESS( DEC 2021) | KOMPOSER / PENULIS LIRIK : TAM COBAIN/YON FARAZILA AJ
  4. IG : ELMY RAHMAN
    TIK TOK ELMYRAHMAN2
Showcase 10 DIMENSI

RAYME ZAINAL

  1. JUARA
  • SAJAKIRI VOKAL (2018)
  1. PESERTA
  • ALL TOGETHER NOW MALAYSIA SEASON 1 (2021)
  1. SINGLE – TIADA LAGI ESOK
  2. UP COMING SINGLE – ANDAI ( NOVEMBER 2021) | KOMPOSER / PENULIS LIRIK : RAYME ZAINAL
  3. IG : ITSRAYMERAY_OFFICIAL
Showcase 10 DIMENSI

MAIZUL MALEK

PESERTA I CAN SEE YOU VOICE MALAYSIA SEASON 1 (2018)

PESERTA ALL TOGETHER NOW MALAYSIA SEASON 1 (2021)

CHORUSTER FOR HAZAMI & FRIENDS – ABPBH 2016

BACKING VOCALIST FOR MANY REALITY TV PROG PRODUCES BY ASTRO & TV3.

VOICE PRACTISIONER FOR MAINLY IN CLASSICAL & POP CONTEMPORARY SCENES.

IG: MYZULMALEK

Showcase 10 DIMENSI

AFFIZY KHAIRY

1) DIKENALI SEBAGAI THE SINGING BAKER

2) JUARA BETTY SING SANG SONG

3) PESERTA ALL TOGETHER NOW MUSIM PERTAMA

4) PESERTA MOST FAVOURITE KONSERT MINGGU KE 4 ATNM

5) SINGLE: TIADA APA & KAMAR SEPI

6) USAHAWAN & MODEL SAMBILAN

7) IG & TIKTOK : AFFIZYKHAIRY

8) FANCLUB : AGenda

Showcase 10 DIMENSI

AMMAR ANUAR

  1. SINGLE – SEPI
  2. LABEL – LEO MUSIC EMPIRE
  3. IG – AMMARANUAAR
  4. FAN CLUB – AMMAR.TROOPS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Putus Dengan Kekasih, Ismail Izzani Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Siri Korea BLACK di TV2 Mulai 3 November Ini