in , ,

Puteri Sarah Liyana Failkan Perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad dengan keputusannya untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Puteri Sarah dilihat tiba di perkarangan kompleks mahkamah bersama adik-beradiknya.

Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan mengenakan pakaian serba hitam sambil ditemani ahli keluarga untuk memfailkan penceraian pada Isnin.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat tenang dan sempat melemparkan senyuman turut mengatakan dia bersemangat untuk hadir ke mahkamah.

Sarah yang mengenakan busana serba hitam meluahkan perasaannya sebelum menjalani proses berkenaan. Jelas Sarah, dia sudah bersedia malah rasa lebih bersemangat.

“Bismillahirrahmanirrahim.”

“Saya bersemangat pada hari ini. Doakan Sarah,”

Demikian ungkapan pelakon Puteri Sarah Liyana ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di sini hari ini.

Puteri Sarah yang berjubah berwarna hitam tiba di mahkamah sekitar pukul 10.30 pagi ditemani dua ahli keluarganya.

Apabila ditanya berhubung apa yang akan berlalu sebentar lagi, Sarah meminta orang ramai bersabar untuk menunggu tindakan seterusnya malah Sarah juga memaklumkan akan berkongsi maklumat lebih lanjut kemudian. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon orang ramai untuk mendoakannya.

Turut hadir ialah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon berusia 38 tahun itu.

Ditanya keadaannya hari ini, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui berasa bersemangat bagi urusan perceraiannya biarpun sibuk dengan pengambaran drama.

“Semalam pulang dari set penggambaran sekitar pukul 1 pagi.

“Hari ini saya bersedia dan bersemangat lebih-lebih lagi ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Doakan saya,” katanya ringkas ketika ditemui pihak media.

Hari ini, pelakon drama Suri Hati itu nekad memfailkan percerain selepas lima tahun bergelum mempertahankan rumah tangganya dengan Syamsul.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia tiga tahun. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah 1 | 15

Tiba Tiba Kakak Backup Ira Kazar, Macam Nak Sindir Puteri Sarah?

Pretty Ugly

Konsert Pretty Ugly Sempena Ulang Tahun Ke-21 Tahun di The Paddock