in , ,

Tiba Tiba Kakak Backup Ira Kazar, Macam Nak Sindir Puteri Sarah?

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian kakak kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza di Twitter didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian, kakak Ira seolah menyindir tindakan seseorang yang kerap berkongsi kisah kehidupannya di media sosial.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” tulisnya.

Kakak Backup Ira Kazar, Sindir Puteri Sarah?

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain kakak Ira turut mengatakan ianya perkara yang lucu apabila seseorang itu tidak suka diganggu daripada akaun palsu namun tidak menyekatnya.

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, namun ada netizen mendakwa kakak kepada isteri kedua Syamsul Yusof itu seolah menyindir Puteri Sarah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung

Kemas Kini Perisian Baharu untuk Pengalaman Samsung Galaxy Yang Lebih Hebat

Puteri Sarah | 15

Puteri Sarah Liyana Failkan Perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur