in , ,

Konsert Pretty Ugly Sempena Ulang Tahun Ke-21 Tahun di The Paddock

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-21 tahun Pretty Ugly dalam industri muzik, kumpulan tersebut mahu meraikan saat indah tersebut bersama para peminat.

Pretty Ugly yang dianggotai oleh Neves (vokalis), Jay (gitar) dan Juad (bes) memilih 25 Februari 2023 sebagai tarikh untuk mereka bersemuka dengan peminat yang sentiasa mendokong perjuangan mereka.

Buat pertama kalinya Pretty Ugly akan membuat konsert solo mereka pada tarikh tersebut pada pukul 8 malam di The Paddock, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

“Memandangkan konsert ini adalah sambutan ulang tahun ke-21 tahun kami, jadi kami akan hadiahkan persembahan sebanyak 21 lagu pada malam itu nanti. Sudah pasti lagu-lagu yang dipersembahkan akan mengembalikan nostalgia anda.

“Konsert ini juga adalah sebahagian dari proses ‘re-branding’ Pretty Ugly dan sekali gus untuk memberitahu semua yang kami masih lagi wujud dan aktif berkarya,”

– Neves
Konsert Pretty Ugly Sempena Ulang Tahun Ke-21 Tahun di The Paddock

Kumpulan yang popular dengan lagu hit Dairi Seorang Lelaki dan Jika Diberikanku Satu Peluang itu turut mengundang band Late Night Frequency dan juga Banyakbunyikrepublik untuk menyerikan konsert mereka kelak. Kedua band ini dipilih sendiri oleh Pretty Ugly kerana minat pada konsep muzik yang mereka bawa. 

“Kami pilih kedua band ini kerana muzik yang mereka bawa. Selain dari itu, ia juga sebagai hadiah terindah buat peminat setia setelah sekian lama menyokong muzik Pretty Ugly. Walaupun ini adalah konsert solo kami, akan tetapi ada juga dua band yang dijemput untuk ‘warm-up’ sebelum kami beraksi.

“Pada yang berminat untuk melakar sejarah bersama kami, anda semua dialu-alukan untuk membeli tiket yang sudah dijual sejak 16 December 2022 nanti,”

– Neves

Yang menarik, satu segmen tribute khas untuk Allahyarhamah Siti Sarah akan dipersembahakan di mana lagu ciptaan Neves untuk Allahyarhamah yang pernah menjadi lagu hit radio iaitu ‘Jangan Kau Mimpi’ akan diberikan versi Pretty Ugly pada malam itu. Neves pernah terlibat sebagai penerbit dan pencipta lagu di dalam 3 album pertama Siti Sarah. 

Tiket-tiket berharga RM90 (early bird), RM110 (normal) dan RM150 (walk-in) adalah berdiri. Manakala RM190 untuk meet & greet (duduk termasuk makanan dan minuman) terhad kepada 30 pax sahaja.

Kesemua tiket boleh dibeli menerusi prettyugly.ubertickets.asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Liyana Failkan Perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Hyatt Centric

Hyatt Centric Kota Kinabalu: Hotel Gaya Hidup Inspirasi Alam Semulajadi