in , ,

Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1Juta Belanja Bercuti

Pasti ramai tahu, sebelum ini pelakon Puteri Sarah telah bercuti ke negara Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya dan tidak lokek berkongsikan foto momen mereka di sana.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Puteri Sarah terhibur dengan kata-kata netizen mendakwa Syamsul Yusof memberi wang belanja sebanyak RM1 juta untuk bercuti ke Tokyo.

Menerusi video berkenaan, Puteri Sarah hanya tergelak besar dengan komen netizen itu barangkali perkara tersebut lambat lagi untuk berlaku ataupun tidak akan pernah terjadi.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan pelakon itu seolah memendamkan sesuatu. Malah, ada yang terhibur mendengar Puteri Sarah ketawa besar seperti itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan. Malah, Puteri Sarah turut meminta Syamsul mengemukakan bukti dan tidak hanya bercakap kosong sahaja selepas mendakwa dirinya berlaku curang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TikTok Malaysia Lancar Kempen #InspirasiRamadan & #InspirasiRaya

Peminat Teruja Iqbal Zulkefli Tayang Kucing Cantik Bernilai RM15K Seekor!